web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

Semasa Dikemaskini 1 hari yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2024 8:28AM

Binaan kekal termasuk ladang haiwan di atas padang awam yang dikatakan diceroboh GISBH - Gambar PUKAS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat pencerobohan sebuah padang awam dikatakan dibuat oleh GISB Holding Sdn Bhd.

Jurucakap Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) berkata, padang berkenaan terletak di pusat terbesar GISBH iaitu di Bandar Country Homes, Rawang.

Menurut beliau, lokasi terbabit memiliki deretan bangunan yang turut menempatkan pejabat pelbagai syarikat lain, termasuk sekolah swasta.

“Pusat terbesar GISBH adalah di Bandar Country Homes, Rawang. Mereka telah membeli beberapa deretan bangunan untuk dijadikan sebagai pusat aktiviti dan operasi. 

“Di tengah-tengah kompleks itu terdapat padang luas yang merupakan padang awam untuk kegunaan semua orang di sekitar itu. Apa yang berlaku, GISBH telah menjadikan keseluruhan padang awam itu seperti harta milik Abuya mereka,” katanya, sinis.

Keadaan sebelum dan terkini di padang awam berkenaan - Gambar PUKAS
Keadaan sebelum dan terkini di padang awam berkenaan - Gambar PUKAS

Jelasnya, padang bola berkenaan sebelum ini menjadi tumpuan komuniti setempat untuk pelbagai aktiviti, namun segalanya terhenti selepas GISBH membuat pelbagai binaan kekal di atas premis tersebut. 

“Antaranya mereka membuat bangunan kedai makan yang banyak, reban burung unta, reban arnab, kandang kuda, pagar padang kuda dan banyak lagi. Bau busuk najis haiwan semerbak di sekitar kompleks tersebut.“Orang awam juga mengadu jika makan di sekitar situ pasti akan dihurung lalat dari ladang kuda dan burung kerana bau yang busuk tersebut. Kuda-kuda juga dimandikan di situ juga, menyebabkan limpahan air bercampur najis kuda itu mengalir di sekitar tempat tersebut,” katanya.

Beliau memberitahu, padang awam di kawasan terbabit diceroboh sesuka hati tanpa sebarang kebenaran pihak berkuasa atau persetujuan penduduk sekitar.

“Dulu padang itu boleh digunakan oleh penduduk di sana. Malah kanak-kanak sekolah swasta sekitar situ juga boleh buat aktiviti di padang awam tersebut. Sekarang sudah tidak boleh sebab GISBH telah membuat binaan kekal seperti kedai makan, stable kuda, dan sebagainya. 

“Sekarang kanak-kanak beberapa sekolah swasta di situ terpaksa membuat aktiviti sekolah di tengah-tengah jalan raya (sekitar kompleks) sehingga membahayakan nyawa mereka,” katanya. 

Pelajar sekolah terpaksa membuat aktiviti di atas jalan raya - Gambar PUKAS
Pelajar sekolah terpaksa membuat aktiviti di atas jalan raya - Gambar PUKAS

Tambah jurucakap itu, aduan telah dibuat kepada pihak Majlis dan PBT namun tidak menerima maklum balas yang memuaskan daripada semua pihak terlibat. 

“Di sini PUKAS mohon pihak PDRM dan SPRM tolong siasat apa yang berlaku sebenarnya kepada pihak MPS cawangan Rawang dan PBT Rawang melibatkan isu ini. Yang pastinya memang tidak ada surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk GISBH ambil padang tersebut menjadi milik mereka. 

“Mokhtar (Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran GISBH, Mokhtar Tajuddin) sendiri mengaku ketika disoal dalam sidang media lepas, dia mengatakan “dalam proses memajak” sedangkan itu tanah awam. Dengan kata lain memang padang itu bukan milik mereka,” tegasnya. 

Katanya lagi, PUKAS turut menerima keluhan daripada beberapa sekolah di sekitar kawasan terbabit kerana terpaksa menyewa tempat yang amat jauh, termasuk Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak untuk pelbagai aktiviti seperti Hari Sukan kerana padang awam yang ada tidak lagi boleh digunakan.

"PUKAS menyeru pihak Majlis Perbandaran Selayang Cawangan Rawang untuk menjawab mengenai status padang awam tersebut. 

“Jika padang itu bukan milik GISBH maka perlu robohkan segala binaan kekal yang sedia ada dan kembalikan kepada hak padang itu kepada masyarakat awam setempat,” katanya. - Getaran, 18 September 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 9 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS