web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa Dikemaskini 14 jam yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2024 12:06PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke China pagi ini untuk Lawatan Negara selama empat hari atas jemputan Presiden Xi Jinping.

la merupakan lawatan pertama Seri Paduka Baginda ke republik itu selepas menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari.

Pesawat khas yang membawa Sultan Ibrahim berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini pada kira-kira 9.40 pagi.

Turut mengiringi lawatan Yang di-Pertuan Agong ke China ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming serta Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zain.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul hadir mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka Baginda.

Sebelum berangkat, Sultan Ibrahim berkenan menerima Hormat Diraja daripada Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja terdiri daripada enam pegawai dan 114 anggota, sebelum lagu Negaraku dimainkan diiringi tembakan meriam 21 das.

Lawatan Yang di-Pertuan Agong ini mencerminkan keutuhan hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang kian berkembang pesat sejak dinaik taraf kepada Kerjasama Strategik Komprehensif pada 2013.

Sultan Ibrahim akan menerima sambutan negara di Great Hall of the People di Beijing, diikuti dengan pertemuan bersama Xi serta menghadiri Majlis Santapan Negara yang akan diraikan oleh Presiden China itu.

Yang di-Pertuan Agong turut berkenaan menerima menghadap Perdana Menteri China Li Qiang, selain Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat ke Pusat Penyelidikan Teknologi Pesawat Awam Beijing COMAC bagi meninjau perkembangan teknologi penerbangan China yang terkini.

Pada lawatan ini juga, Sultan Ibrahim turut dijadualkan bertemu dengan diaspora Malaysia di China serta berkenan menamakan semula Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University bersempena dengan nama Seri Paduka Baginda sebagai satu penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Wisma Putra, Lawatan Negara berkenaan memberi peluang yang sangat baik bagi Malaysia dan China untuk menegaskan komitmen bersama dalam memastikan hubungan antara kedua-dua negara kekal dengan pendekatan memandang ke hadapan, dinamik dan makmur demi manfaat rakyat masing-masing berdasarkan prinsip saling mempercayai serta hormat-menghormati.

Lawatan ini juga bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 bulan yang lalu

Malaysia Masih Destinasi, Pilihan Terbaik Untuk Pelaburan - Anwar

2

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Pertahan Perjumpaan Dengan Hamas, Untuk Cari Penyelesaian Secara Aman

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lawatan Ke 3 Negara Asia Tengah Berjaya Jana Pelaburan Lebih RM2.1 Bilion - Anwar

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kerjasama Malaysia-Uzbekistan Tawar Potensi Besar, Kata PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 18 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen