web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


PM Pertahan Perjumpaan Dengan Hamas, Untuk Cari Penyelesaian Secara Aman

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 May 2024 7:56PM

Anwar Ibrahim bertemu pemimpin-pemimpin industri dan perniagaan meliputi pelbagai sektor yang berpusat di Jepun. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi kenyataannya bahawa pertemuan beliau dengan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh dan Khalid Meshaal di Doha, Qatar minggu lepas adalah bagi memujuk mereka untuk tampil penyelesaian secara aman terhadap konflik di Gaza.

"Saya sudah kenal mereka (pemimpin Hamas) selama beberapa dekad dan tidak ada sebab mengapa kita tidak perlu bertemu dengan mereka. Saya katakan kepada mereka, sila hormati keputusan negara-negara jiran anda dan cuba untuk capai keamanan, pertukaran tahanan dan terima penyelesaian dua negara.

"Adakah itu satu kesalahan? Adakah saya menggalakkan keganasan? Tidak. Saya merayu kerana saya ada kelebihan, apa kelebihan saya? Saya kenal mereka, mereka anggap saya kawan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan mengenai pertemuannya dengan Haniyeh dan Meshaal baru-baru ini di Qatar pada sesi soal jawab semasa Forum Masa Depan Asia ke-29 Nikkei di sini hari ini.

"Situasi Gaza adalah krisis kemanusiaan pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Marilah kita melihatnya dalam konteks ini. Jangan hiraukan perbezaan dari segi ideologi atau hubungan dua hala dengan negara lain.

"Bolehkah kita dalam tempoh dan zaman ini menerima sahaja dan membutakan mata daripada melihat kekejaman luar biasa ini? Kita boleh terus berbincang mengenai apa yang berlaku pada 7 Oktober, tapi jangan dipadamkan (kekejaman) tujuh dekad sejak zaman Nakba pada 1948.

"Sebab itu saya tegaskan bahawa kita cari resolusi aman, menyokong pendirian yang diambil oleh negara Islam jiran dan masyarakat antarabangsa, memaksa kedua-dua pihak menerima keamanan dan penyelesaian dua negara.

"Apa yang penting sekarang ialah menghentikan pembunuhan, berhenti menembak wanita dan kanak-kanak, hentikan pemusnahan hospital, sekolah, gereja, masjid," katanya.

Sejak konflik Israel-Hamas memuncak kembali pada Oktober lepas, lebih 36,000 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, dengan hampir 25,000 daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak.

Perjumpaan dengan ketua biro politik Hamas Ismail Haniyeh dan bekas pengerusi Hamas Khalid Meshaal pada 13 Mei lepas, merupakan perjumpaan kali pertama Anwar dengan mereka sebagai perdana menteri.

Anwar pernah berjumpa dengan pemimpin Hamas itu dua kali sebelum ini, pada 2019 dan 2020.

Wisma Putra dalam satu kenyataan pada 14 November 2018 berkata Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa penyelesaian dua negara, dengan rakyat Palestin dan Israel hidup berjiran secara aman berdasarkan persempadanan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin, adalah satu-satunya penyelesaian kepada konflik Palestin-Israel. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

2

Semasa 5 hari yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 6 hari yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 6 hari yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 11 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 11 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah