web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

Semasa Dikemaskini 4 hari yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Sep 2024 6:15PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa termasuk majlis agama Islam untuk segera melakukan siasatan dan mengambil tindakan berhubung dakwaan salah laku syarikat GISB Holdings Sdn Bhd. 

Bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu penting dan tidak boleh dilengahkan kerana melibatkan soal penyalahgunaan kuasa, agama serta penderaan kanak-kanak.

"Biar polis buat siasatan dan ambil tindakan ikut undang-undang dan pihak majlis agama terutama wilayah (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ... JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang ada kekuatan penyiasatan dan penyelidikan untuk memberikan nasihat. 

"Biar ada saluran dan jangan lengahkan. Ramai tanya mengapa ada kelewatan atau kelengahan dalam mengambil tindakan? Jadi, saya telah bawa kepada badan-badan ini untuk ambil tindakan segera, siasatan dan laporan," katanya. 

Media baru-baru ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat GISB atas dakwaan mengeksploitasi kanak-kanak di 20 rumah amal milik rangkaian syarikat itu.

Rabu lepas, PDRM dilaporkan menyelamatkan sebanyak 201 kanak-kanak lelaki dan 201 kanak-kanak perempuan berusia antara setahun dan 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan menerusi Op Global. 

Polis turut menahan 171 individu terdiri daripada tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian berumur 17 hingga 64 tahun bagi membantu siasatan. 

Sementara itu, mengulas dakwaan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Anwar dalam jawapan ringkas berkata, "Biarlah dia (Abdul Hadi) seorang sahaja yang kuat". 

Baru-baru ini, Abdul Hadi dilaporkan mengkritik parti Melayu dalam Kerajaan Perpaduan lemah dan tidak berwibawa untuk menangani rakan komponen bukan Islam termasuk dalam isu sijil halal sekali gus menyebabkan pemimpin bukan Islam "naik kepala". – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 4 hari yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor

3

Semasa 5 hari yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 6 hari yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI

Semasa 5 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 18 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS