web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor

Semasa Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2024 6:34PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Pasukan siasatan khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berhubung sekolah agama dan pusat pengajian agama di negeri ini yang terlibat dengan penyebaran ajaran sesat. 

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata penubuhan pasukan khas yang dipengerusikan Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad itu susulan pendedahan polis berhubung sebuah syarikat tempatan yang dipercayai mengeksploitasi kanak-kanak dan agama. 

Beliau berkata kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menarik lesen operasi dan mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pusat tahfiz atau sekolah agama yang didapati terlibat dengan unsur kesesatan demi menjamin keselamatan pelajar

Pihak JAIS diarahkan dan sedang menjalankan pemantauan rapat, semakan dan saringan ke atas pusat tahfiz serta sekolah agama di negeri ini yang berdaftar dan belum berdaftar dengan JAIS. 

"Kerajaan Selangor komited dalam memastikan keselamatan pusat tahfiz dan sekolah agama berkenaan daripada menjadi pusat eksploitasi kanak-kanak serta sebaran ajaran yang bercanggah dengan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Beliau dalam kenyataan sama menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan sekolah agama atau pusat tahfiz yang mengamalkan perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam untuk melaporkan terus kepada JAIS.

Rabu lepas, polis menerusi Op Global berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak daripada 20 rumah amal yang mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

2

Semasa 1 minggu yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Siasat Guru Wanita Dakwa Diri Imam Mahdi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Ajaran 'The Ahmadi' Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na'im

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 18 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS