web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2024 8:25AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd Na’im Mokhtar. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dakwaan salah laku syarikat GISB Holdings Sdn Bhd, perlu tampil membuat aduan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata, maklumat mengenai dakwaan salah laku itu perlu bagi membantu JAKIMmelakukan siasatan terperinci tentang GISB.

"Saya sudah memaklum dan memberi arahan kepada pihak JAKIM untuk bertemu dengan pengurusan tertinggi GISB.

"Dalam masa sama, pengadu yang berada di dalam GISB mahupun bekas GISB dan sebagainya, perlu tampil ke hadapan untuk membuat aduan kepada JAKIM.

"Yang menentukan sesuatu ajaran itu sesat ataupun tidak, adalah agensi-agensi Islam di bawah negeri termasuk JAKIM...Cuma yang penting, pihak-pihak yang ada maklumat terperinci (tentang GISB) perlu tampil ke hadapan, daripada kita bawa keluar dalam (platform media sosial) Tiktok dan media sosial yang lain,” katanya.

Mohd Na’im berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya memberi jaminan, JAKIM akan melaksanakan kajian dan siasatan yang terperinci dalam menyelesaikan polemik berkaitan syarikat GISB itu.

Sabtu lepas media melaporkan Mohd Na’im telah mengarahkan JAKIM untuk mengadakan pertemuan dengan pihak GISB, bagi mendapatkan maklum balas serta penjelasan berhubung dakwaan penglibatan syarikat itu dengan ajaran sesat al-Arqam dan Rufaqa.

Sementara itu, Mohd Na’im juga menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan siasatan berhubung dakwaan isu berkaitan agama dan eksploitasi kanak-kanak, yang dilakukan pihak GISB.

"Kita percaya kepada profesionalisme yang ada pada PDRM, perkara itu kita serahkan siasatan yang adil,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan PDRM masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan GISB terpalit dengan isu berkaitan agama dan eksploitasi kanak-kanak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

4

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 1 hari yang lalu

Perbezaan Pendapat Perlu Ditangani Dengan Adab Terbaik - Ahmad Zahid

Semasa 21 jam yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan