web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2024 11:58AM

Pemimpin Hamas Allahyarham Ismail Haniyeh. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Masjid seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini akan mengadakan solat jenazah ghaib ke atas pemimpin Hamas Allahyarham Ismail Haniyeh, malam ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, solat jenazah ghaib untuk Haniyeh yang syahid dalam serangan di Iran semalam, akan diadakan selepas solat Maghrib.

"JAKIM menjemput orang ramai hadir beramai-ramai bagi menunaikan solat jenazah ghaib itu sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap perjuangan umat Islam Palestin dalam menentang kezaliman rejim zionis Israel," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hakimah berkata, JAKIM amat berdukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Haniyeh.

"Almarhum adalah seorang tokoh yang disegani dan teguh dalam perjuangan membela nasib umat Islam di Palestin.

"Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama syuhada dan golongan yang beriman dan beramal soleh," katanya.

Hamas mengumumkan awal Rabu bahawa Haniyeh yang juga Ketua Biro Politik Hamas terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di Tehran, Iran, menurut laporan media antarabangsa.

Televisyen kerajaan Iran juga melaporkan kematian Haniyeh, menyatakan bahawa siasatan ke atas pembunuhan itu sedang dijalankan dan hasilnya akan diumumkan tidak lama lagi. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Himpunan Pembebasan Palestin Bukti Rakyat Malaysia Terus Bersolidariti Bersama Palestin

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pembunuhan Ismail Haniyeh Undang Ketegangan, Perang Di Gaza Lebih Membarah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 5 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 1 hari yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI