web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2024 8:03AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN – Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga tempatan bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh melibatkan seorang pekerja kilang warga Myanmar, di sebuah kilang di Bentong, awal pagi semalam.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman berkata semua suspek yang berusia lingkungan 27 hingga 39 tahun itu ditahan di jalan Taman Chegar Medang, Bentong kira-kira 1.25 pagi ketika mereka cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman – Gambar BERNAMA
Ketua Polis Pahang Yahaya Othman – Gambar BERNAMA

Polis menerima maklumat mengenai insiden itu kira-kira 11 malam (Khamis) dan hasil siasatan awal di aras dua asrama pekerja kilang itu mendapati mangsa ditemukan mati dalam keadaan terbaring, dengan kesan cedera di badan dipercayai ditikam menggunakan objek tajam.

Bertindak atas maklumat, polis membuat tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan dan enam lagi warga asing senegara lebih kurang 1.25 pagi. Semua suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan.

Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen. Polis juga sedang menyiasat sama ada kesemua suspek ini merupakan rakan sekerja mangsa, katanya dalam kenyataan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk dibedah siasat.

Polis turut memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Suami Serah Diri Di Balai Polis Selepas Bunuh Isteri

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Kelar Isteri: Suami Didakwa Tuduhan Bunuh

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 14 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 1 hari yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91