web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes Kelar Isteri: Suami Didakwa Tuduhan Bunuh

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2024 5:15PM

S Suria Raj (tengah) didakwa membunuh isterinya di dalam bilik tidur di sebuah pangsapuri di Jalan Palma, Bandar Botanik di Kajang minggu lepas. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya yang ditemukan dengan kesan kelar di leher dan tangan kanan, minggu lepas.

S Suria Raj, 31, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada lelaki itu kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa membunuh A Kirshashini, 28, di dalam bilik tidur di sebuah pangsapuri di Jalan Palma, Bandar Botanik di sini antara 6.30 hingga 7 pagi pada 7 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Jannah Aimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret, Siti Zubaidah Mahat menetapkan 3 September ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan kesihatan mental.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil dengan kesan kelar di leher dan tangan kanan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Suami Serah Diri Di Balai Polis Selepas Bunuh Isteri

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Permohonan Ikat Jamin 7 Remaja Terlibat Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional Ditolak

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

Semasa 14 jam yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

oleh Diyana Nawwar

Semasa 18 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Semasa 14 jam yang lalu

Kerajaan Teliti Impak Sebelum Buat Keputusan Mengenai Rasionalisasi Subsidi RON95 - PM