web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2024 9:08PM

Cha Hoong Fong (kanan) - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang diburu polis berkaitan kes ragut seorang wanita di Klang pada 15 April lepas, berjaya diberkas di Langkawi, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata suspek berusia 24 tahun itu ditahan sepasukan polis pelancong Ibu Pejabat Daerah Langkawi di hadapan Medan Selera Penarak, Kuah pada 4.15 petang sebelum dibawa pulang untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata beberapa barang kes turut dirampas dan siasatan awal mendapati suspek warga tempatan itu mempunyai lima rekod lampau berkait jenayah dan dadah.

"Suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan semasa melakukan rompakan.

"Pegawai penyiasat juga sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat, " katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 20 tahun pada Isnin lepas, mendakwa telah diragut ketika sedang menunggang motosikal untuk ke tempat kerja.

Beliau berkata mangsa yang ketika Itu berada berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina, Klang, didatangi suspek yang menunggang motosikal dari arah belakang dan bertindak menarik beg silang pada badan mangsa, menyebabkannya terjatuh dan mengalami kecederaan di kedua-dua tapak tangan, lutut dan bahu kiri.

Susulan itu, Hoong Fong berkata, polis telah membuka kertas siasatan dan melancarkan gerakan memburu suspek yang membawa kepada tangkapannya di pulau peranginan tersebut, semalam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang