web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa Dikemaskini 3 hari yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Sep 2024 1:51PM

Datu Kipli Yassin (dua, kanan) menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2024 daripada Yang di-Pertuan Agong hari ini - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin hari ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2024.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan anugerah berkendan kepada Kipli pada Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Pemilihan anak jati Kampung Selalang, Sarikei sebagai penerima anugerah berkendan adalah berdasarkan sumbangan beliau dalam menyampaikan dakwah silang budaya kepada masyarakat pelbagai etnik.

Pengiktirafan diberikan kepada Kipli yang mula berkhidmat sebagai Mufti Sarawak pada 1 Mac 2010 kerana telah memartabatkan nilai marhabah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat MADANI.

Mengulas mengenai anugerah itu, Kipli berkata beliau memikul tugas berat dalam menyampaikan dakwah di Bumi Kenyalang yang masyarakatnya begitu majmuk dan perlu memelihara sensitiviti.

"Kita ambil sifat Rasulullah SAW dalam menyampaikan fatwa dan dakwah itu sendiri supaya masyarakat faham sekali gus dapat menerima keputusan-keputusan fatwa sebagai suatu yang perlu dipatuhi umat Islam.

"Keputusan seperti ini supaya orang bukan Islam juga memahami apa kita putuskan untuk orang Islam dan akhirnya mereka dapat menerima bahawa inilah kehidupan beragama yang ada sempadan masing-masing," katanya pada sidang media di sini.

Kipli berkata menyampaikan syariah Islam merupakan asas penting bagi mengelakkan umat Islam di Malaysia daripada terjebak dalam perkara yang boleh merosakkan akidah.

"Mudah-mudahan dengan sambutan Maulidur Rasul inilah kita dapat mengambil, menggali dan meneroka sirah Nabi Muhammad SAW yang sangat hebat dalam erti kata menampilkan keindahan Islam itu sendiri," katanya.

Majlis hari ini turut menyaksikan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1446H/2024 dikurniakan kepada Yang Dipertua Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia Datin Aminah Zakaria, Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah Datuk Ab Jamal Sakaran dan Pakar Mikrobiologi Datin Profesor Dr Khatijah Mohamad Yusoff.

Turut menerima anugerah berkenaan, Bekas Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Profesor Emeritus Dr Shaharir Mohamad Zain, Presiden Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia Sariah Ibrahim dan Michael Tong Wai Siong atau lebih kenali Uncle Mike'. - BERNAMA

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 3 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang