web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


DAP Ketandusan Pemimpin India

Semasa Dikemaskini 3 hari yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2024 9:58AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Exco Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Datuk Seri S Sundarajoo tidak akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa DAP negeri yang dijadualkan berlangsung Ahad depan, sekali gus mencetus persoalan mengenai wakil masyarakat India dalam majlis pimpinan tertinggi parti itu.

Bekas teknokrat tersebut berkata, beliau berbesar hati apabila dicalonkan tetapi menolak untuk bertanding kerana mempunyai komitmen lain.

Keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Prai itu menjadikan kini seramai 31 individu akan bertanding bagi merebut 15 jawatan ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2024/2027 pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang, 22 September ini. 

Turut bertanding ialah Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Penarikan diri Sundarajoo daripada pemilihan berkenaan dilapor telah menambah rasa kecewa dalam kalangan perwakilan India dalam parti itu.

Seorang pemimpin veteran DAP yang enggan namanya didedahkan berkata, membawa masuk 'primadona' ke dalam parti tidak akan menyelesaikan isu masyarakat. 

“Pemimpin mesti ada kesungguhan dan keikhlasan untuk membantu masyarakat,” katanya. 

Beliau merujuk keputusan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy yang keluar dari DAP pada Ogos tahun lalu, sebelum menubuhkan parti baharu untuk masyarakat India iaitu Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI) pada November 2023. 

Julai lalu, Ramasamy memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Selain itu, bekas timbalan pengerusi DAP Perak V Sivakumar, yang sebelum ini menerajui Kementerian Sumber Manusia, digugurkan daripada Kabinet pada Disember tahun lalu dan digantikan dengan Steven Sim Chee Keong. 

Begitu juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, M Kulasegaran memilih untuk tidak bertanding dalam pemilihan DAP Perak.

Akhbar berbahasa Tamil, Malaysia Nanban baru-baru ini menerbitkan artikel yang menekankan peranan penting yang pernah dimainkan oleh pemimpin-pemimpin dari masyarakat India semasa awal penubuhan DAP.

Pemimpin terkenal seperti C Devan Nair, V David, P Patto, Datuk Seri Karpal Singh, Peter Paul Dason dan Ramasamy pernah berada di barisan kepimpinan DAP. Kini, wujud ketidakpastian mengenai siapa yang boleh dianggap sebagai pemimpin tertinggi mewakili kaum India dalam parti itu.

Walaupun Gobind Singh Deo, satu-satunya wakil India dari DAP dalam Kabinet, memegang jawatan penting dalam kerajaan, tetapi beliau tidak mengangkat isu-isu yang membelenggu masyarakat India, kata Nanban. 

Lima lagi ahli parlimen India dari DAP juga membisu mengenai isu ini, kata akhbar itu. 

Tambah akhbar tersebut, sikap mereka menimbulkan persoalan sama ada kesemuanya diarahkan oleh parti untuk tidak membincangkan isu berkait masyarakat India.

Akhbar itu juga menekankan, kepimpinan DAP perlu mengiktiraf sumbangan orang India, yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan parti. 

Sehingga hari ini, tiada mana-mana pemimpin India dalam DAP mengulas mengenai artikel tersebut.

Seorang pemimpin akar umbi berkata, pemimpin seolah-olah tidak peduli terhadap isu yang membelenggu masyarakat India terutama keluarga berpendapatan rendah (B40) seperti kos sara hidup dan kesihatan. 

Tambahnya, DAP juga perlu lebih lantang menyuarakan isu-isu yang memberi kesan terhadap orang bukan Islam, misalnya isu sijil halal. – Getaran, 15 September, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

3

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

4

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 14 jam yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 4 jam yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan