web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2024 6:01PM

Dr Zaliha Mustafa (lima, kiri) pada sidang media hari ini - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India dihentikan dan kini memasuki fasa 'search and recovery.'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan pakar dan keputusan Kabinet.

"Kita mendapatkan pandangan dari sudut pakar sebelum mengambil apa-apa keputusan setelah kita kumpulkan semua kepakaran termasuk pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia), pihak (Jabatan) Bomba (dan Penyelamat Malaysia), DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), IWK (Indah Water Konsortium), rakan geologi kita dan agensi-agensi lain...kita ambil keputusan untuk menghentikan SAR hari ini," katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini.

Pada 23 Ogos lepas, mangsa yang dikenali sebagai G.Vijaya Lakshmi, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus pada 8.22 pagi.

Dr Zaliha berkata antara faktor yang membawa kepada penamatan operasi itu ialah isu keselamatan serta risiko kepada anggota pasukan SAR dan keselamatan kawasan di sekitar lokasi insiden.

Beliau berkata susulan itu, pihaknya akan melakukan pemetaan utiliti dan kajian struktur tanah di seluruh Kuala Lumpur.

"Kita juga akan melakukan libat urus dengan peniaga di sini untuk kita bantu mereka teruskan aktiviti biasa. Kita juga minta DBKL melakukan pemulihan dan pembinaan semula di kawasan yang terlibat ini," katanya.

Dr Zaliha berkata pihaknya telah mengenal pasti kawasan berjarak 100 meter dari pintu gerbang Masjid India ke pusat bell-belan Mydin untuk dilakukan proses baik pulih itu.

Beliau juga berkata pihanya dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi India telah memaklumkan kepada keluarga mangsa penamatan operasi itu dan mereka memahami keputusan tersebut.

Dr Zaliha berkata pihaknya akan turut membantu menguruskan pelanjutan visa keluarga mangsa jika perlu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Parti Modi Gagal Peroleh Majoriti Mudah Setakat Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Sukan 3 jam yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

Semasa 1 jam yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

oleh Ian McIntyre

Semasa 17 jam yang lalu

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

Semasa 1 hari yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor