web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

Semasa Dikemaskini 5 hari yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2024 7:59AM

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis menafikan kanak-kanak yang dipegang bahunya oleh seorang lelaki di kawasan sebuah masjid di Subang Jaya adalah mangsa cubaan menculik.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, sebaliknya siasatan mendapati kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun itu mungkin mangsa amang seksual.

"Lelaki itu menanyakan nama dan alamat rumah mangsa sehingga menyebabkan mangsa melarikan diri ke kawasan sekolah berdekatan.

"Mangsa telah memberitahu kejadian tersebut kepada pengadu iaitu seorang perempuan tempatan dan semalam, pengadu telah terima satu video dan gambar daripada ibu kenalan mangsa yang menunjukkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) kejadian," menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, video itu tular di laman Facebook dengan memaparkan gambar dan kenyataan yang mendakwa mangsa cuba diculik namun siasatan awal mendapati dakwaan tersebut tidak benar.

Wan Azlan berkata berkata, polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2021 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Polis menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dalam memuat naik sebarang kenyataan di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran awam dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri serta keluarga," katanya.

Beliau juga berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dan mereka boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Siti Shabilah Zulkifle@Awang di talian 010-266 7017 atau balai polis berhampiran. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Bas Didakwa, Mengaku Tidak Bersalah Buat Amang Seksual

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Refleksi 1 minggu yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pengawal Keselamatan Mengaku Tak Bersalah Sumbang Mahram, Amang Seksual 2 Anak Perempuan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 5 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024