web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Abang Bas Didakwa, Mengaku Tidak Bersalah Buat Amang Seksual

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2024 6:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Pemandu bas yang memuat naik rakaman video murid sekolah rendah yang dibawanya dan merujuk kanak-kanak perempuan itu sebagai 'crush' dan kesayangan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Lelaki berumur 24 tahun itu mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak termasuk seorang anak saudara perempuannya.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya yang berusia empat tahun di dalam sebuah bas sekolah di Simpang Renggam, Kluang, antara jam 5 hingga 6 petang, April hingga bulan ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua pula, lelaki bujang itu didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal dengan memerhati murid perempuan berusia sembilan tahun secara berulang kali di lokasi dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 15(a) (iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Sayani Mohd Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan tidak mengganggu kedua-dua mangsa serta saksi pendakwaan hingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 10 Oktober untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor Abdul Ghafar Ab Latif manakala tertuduh diwakili peguam Umar Zulkarnain.

Khamis lepas seorang pengguna media sosial X berkongsi tangkap layar hantaran TikTok milik seorang pemandu bas sekolah yang merujuk seorang murid perempuan sebagai crush dan 'kesayangan'.

Susulan itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap pemandu bas berkenaan.

Pada 6 September, polis menahan pemandu bas itu dan dia direman selama lima hari. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 5 hari yang lalu

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pengawal Keselamatan Mengaku Tak Bersalah Sumbang Mahram, Amang Seksual 2 Anak Perempuan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Tahan Guru Lelaki Disyaki Terbabit Kes Amang Seksual Murid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perbezaan Pendapat Perlu Ditangani Dengan Adab Terbaik - Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI