web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2024 6:15PM

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata MCMC sebagai agensi teknikal juga telah berhubung dengan pihak TikTok bagi memastikan PDRM memperoleh sebarang maklumat segera.  – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah diminta memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan terhadap seorang pemandu bas yang memuat naik video dan menyiarkan gambar kanak-kanak dibawanya menerusi aplikasi TikTok. 

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, MCMC sebagai agensi teknikal juga telah berhubung dengan pihak TikTok bagi melakukan pemeliharaan data (data preservation) untuk memastikan sebarang maklumat diperlukan oleh PDRM diperolehi segera. 

"Kandungan yang dihasilkan (oleh pemandu bas) membolehkan komen-komen yang kalau kita teliti agak merisaukan dan kita tak tahu berapa banyak akaun lain yang serupa seperti akaun ini dalam TikTok," katanya kepada pemberita pada Persidangan Perundangan Antarabangsa Berhubung Ancaman Dalam Talian 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

"Di sinilah saya lihat platform-platform media sosial perlu memberikan kerjasama lebih kepada pihak berkuasa dan saya percaya rakyat juga bersama kita dalam memastikan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun tidak memiliki akaun media sosial," katanya.

Polis hari ini menahan seorang pemandu bas berusia 24 tahun yang memuat naik video dan menyiarkan gambar kanak-kanak dibawanya dalam bas di Simpang Renggam, Kluang pada 2.57 pagi dan merampas telefon bimbit dipercayai digunakannya untuk siasatan lanjut. 

Fahmi berkata, MCMC juga akan bekerjasama dengan Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak) Jabatan Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Bukit Aman bagi membantu mengenal pasti pihak lain yang mungkin terlibat atau disyaki melakukan sebarang pelanggaran undang-undang di negara ini. 

Pada masa sama, beliau mengingatkan para guru untuk tidak menghasilkan kandungan yang memaparkan atau menyiarkan wajah kanak-kanak kerana ia adalah pelanggaran undang-undang, khususnya Akta Kanak-Kanak 2001. 

Selain itu beliau berkata, kod tatakelakuan platform yang sedang dibangunkan dijangka selesai pada hujung Oktober atau November ini, yang berfungsi sebagai panduan kepada pengendali platform, antaranya mengenai sebarang bentuk pelanggaran. 

"Kod tatakelakuan ini akan memastikan mana-mana platform yang ingin beroperasi di Malaysia faham kerangka kawal selia dan undang-undang yang ada dan mereka boleh beroperasi dalam konteks selagi mana mereka tidak melanggar undang-undang negara," katanya.

Merujuk kepada Persidangan Perundangan Antarabangsa Berhubung Ancaman Dalam Talian 2024 hari ini, Fahmi berharap ia dapat dianjurkan sekali lagi semasa Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025. 

Beliau berkata, ia mengambil kira banyak negara luar yang mula menimbangkan langkah serta tindakan yang dirasakan bersesuaian dengan kerangka kawal selia dan perundangan media sosial masing-masing. 

Pada masa sama beliau berkata ancaman dalam talian memerlukan tindakan untuk meneliti undang-undang sedia ada bagi memastikan penyiasatan oleh badan penguat kuasa atau hukuman adalah setimpal, dengan mengambil kira faktor platform media sosial yang sentiasa berubah algorithm, selain ketidaktentuan platform media sosial yang akan lahir pada masa depan. 

Persidangan dua hari yang bermula semalam merupakan anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Komunikasi dan MCMC dengan kerjasama UNICEF Malaysia, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Semasa 10 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91