web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2024 9:17AM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kebajikan dan keselamatan kanak-kanak masih memerlukan perhatian segera walaupun terdapat kemajuan dan perkembangan yang signifikan.

Pejuang kebajikan dan keselamatan kanak-kanak, Datuk Dr Amar Singh HSS berkata, kes penderaan kanak-kanak dilihat semakin membimbangkan dan menunjukkan peningkatan yang ketara.

Menurut beliau, penderaan dalam talian terhadap kanak-kanak juga berleluasa.

"Walaupun kita mempunyai undang-undang yang tegas untuk melindungi kanak-kanak, perkhidmatan perlindungan kanak-kanak masih terhad. 

“Doktor, pegawai kebajikan, dan polis tidak menerima latihan mencukupi dalam aspek perlindungan kanak-kanak, mengakibatkan mereka tetap menderita walaupun dengan adanya sistem perlindungan," katanya.

Jelas beliau, keselamatan kanak-kanak di jalan raya juga merekodkan perkembangan yang membimbangkan, apabila hampir 2,900 kanak-kanak berumur 6 hingga 15 tahun terbunuh dalam kemalangan motosikal antara 2009 dan 2021.

Jumlah itu katanya, mencakupi 87 kanak-kanak berusia 6 hingga 10 tahun.

"Walaupun terdapat undang-undang menghukum ibu bapa yang membenarkan kanak-kanak di bawah 16 tahun menunggang motosikal, kematian tragis ini terus berlaku," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Amar menyambut baik kewujudan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak dan menyifatkan ia sebagai langkah positif, tetapi keperluan untuk memperkukuh lagi perkhidmatan perlindungan kanak-kanak perlu dilaksana. 

"Semua profesional penjagaan kesihatan, polis, dan kakitangan kebajikan mesti menerima latihan formal dalam perlindungan dan hak kanak-kanak seperti digariskan dalam undang-undang kita. 

“Kita amat memerlukan lebih ramai pekerja sosial yang terlatih untuk menyokong usaha ini, kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain di rantau ini," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Kanak-Kanak untuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Dr Farah Nini Dusuki berkata, masih terdapat kanak-kanak yang tidak mendapat perhatian sewajarnya walaupun Malaysia sudah membangunkan sistem kesihatan awam yang kukuh dan boleh diakses oleh kebanyakan komuniti dengan bayaran minimum atau secara percuma.

"Kadar kematian kanak-kanak di negara ini tidak berubah sejak 20 tahun lalu, menunjukkan perbelanjaan kesihatan untuk kesihatan kanak-kanak tidak seiring dengan keperluan mereka. 

“Lebih kritikal, jumlah katil bagi penjagaan intensif di Malaysia dicatatkan sebagai antara yang terendah di rantau ini.

“Setiap hari, pakar pediatrik di seluruh negara bergelut mencari katil untuk penjagaan intensif bayi pramatang atau kanak-kanak yang mengalami penyakit kronik," katanya.

Farah pada masa sama turut menekankan keperluan mendesak untuk peningkatan peruntukan belanjawan bagi sumber kesihatan kanak-kanak, khususnya penjagaan intensif.

"Kita amat memerlukan lebih banyak katil di Unit Penjagaan Intensif Neonatal dan Unit Penjagaan Intensif Pediatrik di seluruh negara, dengan kakitangan yang mencukupi. 

Selagi kita tidak mengutamakan kesejahteraan kanak-kanak dengan memastikan keselamatan makanan mereka, keperluan kesihatan, dan akses kepada pendidikan, kita tidak boleh mendakwa sudah ‘matang’ sebagai sebuah negara. Sebenarnya, kita sedang mengalami kemunduran," tegasnya. - Getaran, 1 September 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Pegawai Imigresen, Ejen Pekerja Asing Terlibat Rasuah Program PRM Direman

Semasa 4 jam yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

Semasa 18 jam yang lalu

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST