web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

Semasa Dikemaskini 5 hari yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2024 8:00AM

Keadaan salah seorang mangsa yang cedera diserang sekumpulan memerang ketika berjoging di Tanjung Aru Perdana Park, Kota Kinabalu semalam. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU – Dua wanita masing-masing berusia 40 dan 54 tahun serta seorang lelaki berumur 56 tahun mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan memerang semasa melakukan aktiviti rekreasi di Tanjung Aru Perdana Park di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, polis menerima maklumat dalam kejadian 6.40 pagi semalam individu terbabit yang sedang berjoging telah diserang secara tiba-tiba oleh sekumpulan memerang dari arah belakang. 

"Ekoran dari serangan tersebut, ketiga-tiga mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian kaki, tangan dan kepala akibat gigitan dan cakaran. 

"Bagaimanapun, polis masih belum menerima sebarang laporan berkaitan kes tersebut," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi. 

Sementara itu, Datuk Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengeluarkan notis pemakluman kepada pengusaha taman rekreasi tersebut agar menutup operasi serta-merta susulan insiden tersebut. 

Beliau berkata langkah penutupan ini diambil bagi menjamin keselamatan pengunjung dan memberi laluan kepada pihak DBKK dengan kerjasama agensi berkaitan untuk menjalankan siasatan lanjut.

"DBKK memandang serius insiden ini dan bertindak segera mengarahkan penutupan taman itu bagi mengelakkan sebarang insiden lain tidak diingini. Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan penutupan ini bagi memastikan keselamatan bersama," katanya menerusi kenyataan berasingan. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan Di Kota Kinabalu Sabtu Ini

2

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Jaga Kesihatan, Tengku Hassanal Sempat Joging Di Kuching

3

Muzik 10 bulan yang lalu

Festival Rock Borneo 2023 Satukan Search, Wings,  Butterfingers, Hujan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Di Laut China Selatan Tidak Hasilkan Gegaran Permukaan - MetMalaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Semasa 1 hari yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91