web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

Semasa Dikemaskini 3 hari yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2024 8:44AM

Dr Tay Tien Yaa - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pakar perubatan didakwa berdepan masalah buli di hospital tempatnya bertugas sehingga membuatkan dia menamatkan riwayatnya sendiri. 

Berkongsi kisah mengejutkan itu, adik mendiang, YS Tay berkata, kakaknya yang juga Ketua Unit Patologi Kimia di Jabatan Patologi, Dr Tay Tien Yaa disahkan meninggal dunia pada 29 Ogos lalu.

Dakwa wanita tersebut, kakaknya yang memiliki kelulusan Sarjana Patologi Kimia bertugas di Hospital Lahad Datu, Sabah.

“Walaupun berjauhan berpisah dengan suami, dia berpegang kepada janji pihak pengurusan bahawa dia akan dipindahkan kembali ke Semenanjung selepas dua tahun perkhidmatan untuk kembali bersama dengan suaminya.

“Beliau berkahwin pada September 2023. Pada 19 Februari tahun ini, beliau melapor diri di Hospital Lahad Datu, Sabah, untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Patologi Kimia di Jabatan Patologi,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Ucapan takziah oleh Hospital Lahad Datu atas kematian mendiang - Gambar YS Tay
Ucapan takziah oleh Hospital Lahad Datu atas kematian mendiang - Gambar YS Tay

Dakwa YS Tay, mendiang Dr Tay merekodkan perkhidmatan yang amat cemerlang, justeru adalah amat mengejutkan apabila dia dijumpai mati kerana membunuh diri.

“Dalam masa yang singkat, beliau berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan perubatan di hospital tersebut. Beliau turut berjaya memperolehi sumbangan sebuah komputer melalui Persatuan Perdagangan Cina Lahad Datu, yang dilaporkan dalam berita pada 3 September lalu.

“Namun, hanya dalam tempoh enam bulan, pada 29 Ogos, pihak hospital menghubungi keluarga untuk menyampaikan berita yang mengejutkan. Dr Tay Tien Yaa telah dijumpai bunuh diri di unit sewaannya,” katanya, sedih.

YS Tay berkata, dia dimaklumkan oleh rakan-rakan mendiang bahawa kakaknya itu seorang doktor yang amat berdedikasi dan sentiasa bersemangat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk setempat.

“Namun, satu-satunya orang yang menindasnya adalah ketua jabatan yang zalim. Dia menghadapi tekanan dalam memulakan unitnya sendiri, sambil menangani beban tugas yang sudah melebihi had. 

“Selain itu, dia terpaksa berurusan dengan pemeriksaan instrumen, menghadiri mesyuarat, penyediaan laporan, serta menguruskan sumber manusia dan perancangan kewangan jabatan,” katanya.

Kejayaan Dr Tay Tien Yaa (empat, kiri) memperoleh sumbangan komputer yang diterbitkan oleh akhbar Cina - Gambar YS Tay
Kejayaan Dr Tay Tien Yaa (empat, kiri) memperoleh sumbangan komputer yang diterbitkan oleh akhbar Cina - Gambar YS Tay

Dakwa YS Tay lagi, ketua jabatan terbabit bukan sahaja tidak bertanggungjawab, tetapi turut menyalahgunakan kuasanya untuk  menindas orang bawahan.

“Saya tertanya-tanya, kenapa dengan sifat Dr Tay Tien Yaa yang tidak pernah mengadu akan berlaku tragedi. Adakah beliau menangis sendirian setiap malam dalam bilik seseorang? Beliau masih sanggup bertemu dengan ketuanya setiap hari dengan penuh senyuman?

“Sebelum belajar perubatan, kakak saya adalah seorang pelajar cemerlang, kebanggaan keluarga. Beliau memegang harapan untuk menyelamatkan nyawa dengan jubah putihnya. Namun, dalam sekelip mata, semuanya musnah. Fenomena tekanan di tempat kerja dan buli dalam kalangan doktor baharu sangat berleluasa,” katanya.

Tegas beliau, keadaan ini tidak sepatutnya dianggap normal malah tiada pihak yang benar-benar mengambil berat dan menyelidik punca sebenar Dr Tay membunuh diri.

“Hanya segelintir doktor muda yang sebaya dan rakan-rakan terdekatnya menzahirkan kesedihan mereka di media sosial, namun suara mereka tenggelam dan tidak mendapat perhatian daripada pihak atasan. Adakah para pemimpin kita sudah terlalu kebal dengan kes-kes seperti ini?

“Siapa lagi yang akan memperjuangkan keadilan untuk doktor-doktor muda yang terus menerus ditekan di tempat kerja sehingga terkorban? Satu demi satu kehidupan muda yang penuh potensi bunuh diri namun semuanya akan segera dilupakan,” katanya. 

YS Tay memberitahu, mendiang kakaknya terpaksa menghadapi tekanan yang amat besar di tempat kerja. 

“Masalah-masalah seperti tekanan di tempat kerja dan buli dalam kalangan petugas perubatan adalah perkara yang serius dan sering berlaku. Kehilangan beliau bukan sekadar satu tragedi peribadi, tetapi juga satu refleksi terhadap sistem kesihatan yang kita sedia ada. 

“Semoga kejadian ini memberi kesedaran kepada lebih ramai orang untuk memberikan perhatian terhadap kesihatan mental petugas kesihatan,” katanya. - Getaran, 16 September 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

3

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 4 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 22 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen