web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa Dikemaskini 1 hari yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2024 6:11PM

Azam Baki (tengah) pada sidang media khas hari ini - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan hampir RM800,000 wang tunai dijumpai di bilik tidur dua pegawai imigresen yang terlibat dalam sindiket counter setting.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata sebanyak RM518,250 dijumpai di dalam bagasi di bilik tidur pegawai kanan imigresen Gred KP22 di Pahang dan RM248,443 daripada pegawai Gred KP19 di Melaka yang ditemukan di bawah katil bilik tidur utama.

Beliau berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan wang tunai RM1.49 juta yang disita, selain AS$9,900 dan 5,470 baht Thai yang turut dirampas dalam Op Setting yang dijalankan sejak bulan lepas.

"Operasi ialah hasil risikan yang dijalankan selama enam bulan oleh Bahagian Perisikan SPRM," katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah tangkapan dalam Op Setting ialah 60 orang iaitu 49 penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), seorang polis dan 10 ejen sindiket.

Azam berkata sebanyak 215 akaun dengan nilai RM3,601,305.32 membabitkan 16 milik syarikat dan 84 individu dibekukan.

Beliau berkata modus operandi counter setting ialah sindiket mempromosikan pakej untuk masuk ke Malaysia menerusi platform media sosial seperti Facebook, Telegram dan aplikasi lain.

Ejen katanya, akan menghubungi pegawai imigresen menerusi WhatsApp untuk mendapatkan tarikh yang sesuai untuk kumpulan warga asing datang ke Malaysia sebagai pelancong dan pegawai imigresen terlibat akan memberikan "lampu hijau" jika tarikh berkenaan sesuai.

"Ejen atau sindiket akan memberikan butiran pasport dan gambar kumpulan warga asing yang akan tiba menerusi WhatsApp kepada pegawai imigresen terbabit dan pegawai itu akan memberikan maklumat nombor 'kaunter khas' yang perlu dituju oleh kumpulan warga asing yang tiba untuk pelepasan masuk ke Malaysia," katanya.

Azam berkata jumlah rasuah yang dibayar kepada setiap pegawai imigresen yang terlibat adalah antara RM200 hingga RM2,500. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Dana Awam Libatkan Pempengaruh: SPRM Beku 20 Akaun Bernilai RM740,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 12 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN