web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2024 8:08AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melumpuhkan satu sindiket 'scammer' yang meminta wang rasuah kononnya bagi melindungi aktiviti pengubahsuaian meter elektrik di kediaman sekitar Lembah Klang.

Sumber berkata lima ahli sindiket terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur pada Rabu.

Menurut sumber modus operandi sindiket itu ialah menghubungi dan menjalankan pemeriksaan di premis pelanggan dan mengatakan bahawa mangsa telah mengubah suai meter elektrik tanpa kebenaran.

"Mangsa diugut akan dikenakan tindakan saman dengan nilai puluhan ribu ringgit jika enggan membayar rasuah bagi melindungi kesalahan ini.

"Jumlah wang rasuah dianggarkan bernilai antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap premis yang diperiksa bergantung sama ada premis kediaman atau perniagaan," katanya.

Sumber berkata dalang sindiket berusia 30-an dan dua lagi ahli kumpulan itu merupakan kontraktor syarikat pembekal tenaga elektrik bagi menjalankan kerja-kerja memotong bekalan elektrik.

"Dua orang lagi merupakan individu yang terlibat mendapatkan maklumat mengenai mangsa yang dikenal pasti sindiket. Hasil soal siasat turut mendapati sindiket ini telah mengaut ratusan ribu ringgit yang melibatkan ribuan mangsa di seluruh negara," kata sumber.

Sumber memaklumkan empat lelaki tersebut direman enam hari hingga Selasa depan selepas Majistret Nadiah Abd Razak membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

"Wanita yang ditahan pula dibebaskan dengan jaminan SPRM," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi anggota sindiket akan ditangkap dan dipercayai sindiket itu telah beroperasi lebih setahun.

Orang ramai yang menjadi mangsa sindiket digesa melaporkan kes dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, R Kumaran di talian 03-88911657. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Dana Awam Libatkan Pempengaruh: SPRM Beku 20 Akaun Bernilai RM740,000

4

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perbezaan Pendapat Perlu Ditangani Dengan Adab Terbaik - Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 10 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS