web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 4 hari yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 3 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2024 3:32PM

Kedua-dua individu itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memohon perintah reman untuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh bagi membantu siasatan penyelewengan kutipan derma.

Kedua-dua individu berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi bagi mendapatkan perintah berkenaan.

Menurut laporan Harian Metro yang memetik sumber SPRM, pasangan suami isteri itu ditahan SPRM pada jam 6.40 petang semalam.

Selain pasangan terbabit, SPRM turut mendapatkan perintah reman ke atas dua lelaki yang terbabit dalam kes itu.

Sebelum ini, pasangan tersebut menerusi peguam mereka menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah.

Kedua-duanya turut mendesak individu yang menyebarkan tuduhan tersebut agar membuktikan dakwaan mereka di mahkamah.

Ini termasuk dakwaan melibatkan skim 20 peratus yang diterima pasangan itu bagi keseluruhan derma oleh sebuah platform kutipan derma dalam talian.

Pempengaruh itu berkata, aset yang diperoleh adalah atas daya usaha  sendiri tanpa menyalahgunakan mana-mana dana mahupun kutipan derma. - Getaran, 11 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pempengaruh Dilapor Hilang, Panggilan Ke Telefon Dijawab Lelaki Indonesia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Dana Awam Libatkan Pempengaruh: SPRM Beku 20 Akaun Bernilai RM740,000

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Tipu Duit Derma: SPRM Akan Mohon Perintah Reman Pasangan Pempengaruh

Sorotan

1

Kuching City Ikat Penang, Negeri Sembilan Kecundang Di Tangan PDRM FC

2

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Penang FC Benam KDN FC 3-0

4

Paris 2024: Cabaran Kem Memanah Berakhir

5

Deklamasi Sajak 'Jenalik Berdarah' Jentik Emosi Kenang Tragedi Sauk

6

Paris 2024: Pearly-Thinaah Berdepan So Yeong-Hee Yong Di Suku Akhir

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

Semasa 2 jam yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

Semasa 7 jam yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Semasa 2 jam yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan