web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Paris 2024: Pearly-Thinaah Berdepan So Yeong-Hee Yong Di Suku Akhir

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Jul 2024 8:40AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah akan berdepan pemenang pingat gangsa edisi lepas Kim So Yeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan pada perlawanan suku akhir badminton sukan Olimpik Paris 2024, pada Khamis.

Undian pusingan kalah mati dijalankan selepas tamat kesemua perlawanan peringkat kumpulan acara beregu wanita di Porte de La Chapelle Arena, malam tadi.

Pada temasya Olimpik Tokyo 2020, So Yeong-Hee Yong merain gangsa selepas mengetepikan cabaran rakan senegara Lee So Hee-Shing Seung Chan pada perlawanan penentuan pingat.

Pada satu-satunya pertemuan sebelum ini, Pearly-Thinaah tewas kepada pasangan Korea Selatan itu 14-21, 14-21 dalam perlawanan peringkat kumpulan saingan Jelajah Dunia Akhir 2021.

Jika Pearly-Thinaah berjaya mengatasi gandingan kesepuluh dunia, pemenang emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu bakal diuji lebih hebat apabila berdepan juara dunia empat kali Chen Qing Chen-Jia Yi Fan sekali lagi di separuh akhir.

Berdasarkan percaturan atas kertas, pasangan China itu dijangka tidak mempunyai masalah menyingkirkan wakil Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva di suku akhir acara beregu wanita itu.

Pearly-Thinaah yang menghuni tangga ke-13 dunia memulakan kempen peringkat kumpulan dengan langkah kiri apabila tewas kepada Qing Chen-Yi Fan, sebelum mencipta dua kemenangan luar biasa mengatasi pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dan Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti untuk mara ke suku akhir.

Sementara itu, undian berkenaan menyaksikan gandingan kedua terbaik dunia Baek Ha Na-Lee So Hae dari Korea Selatan akan bertemu Liu Cheng Shu-Tan Ning manakala wakil Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dijadual membuat perhitungan dengan pasangan Denmark, Maiken Fruergaard-Sara Thygesen. - BERNAMA

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tuntut Hak Sabah Ikut Undang-Undang - JC Fong

oleh Desmond Davidson

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

Semasa 11 jam yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

Sukan 1 hari yang lalu

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024