web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


GISB Nafi Bersalah, Sedia Bekerjasama Dengan PDRM

Semasa Dikemaskini 6 hari yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2024 8:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walau berdepan kecaman ramai kerana didakwa mengeksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja, pengurusan GISB Holdings Sdn Bhd tetap mempertahankan pendirian bahawa mereka tidak bersalah. 

Jurucakap syarikat berkata, GISB sedia maklum dengan isu berkenaan yang melibatkan syarikat terbabit.

Bagaimanapun dakwanya, GISB sama sekali tidak terlibat seperti tanggapan ramai. 

“Kami sekali-kali tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang khususnya dalam melibatkan kanak-kanak sebagai pekerja.

“Isu tersebut merupakan satu prasangka, fitnah dan berniat jahat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap GISB Holdings Sdn Bhd,” katanya.

Pengurusan GISB pada sidang media menafikan dakwaan PUKAS akhir bulan lalu - Gambar GISB
Pengurusan GISB pada sidang media menafikan dakwaan PUKAS akhir bulan lalu - Gambar GISB

Jelas jurucakap itu, pendirian GISB adalah jelas, iaitu sentiasa mematuhi undang-undang dan mendukung aspirasi kerajaan dalam membangunkan negara.

“Kami bersedia untuk memberikan kerjasama dengan pihak berwajib bagi menyelesaikan isu ini.

“Akhir sekali, kami berdoa kepada Allah SWT agar segala fitnah, tohmahan, buruk sangka dan kebencian ini dapat dinoktahkan,” katanya.

Beliau berkata, penjelasan diberikan diharapkan mampu mengubah situasi semasa menjadi lebih baik.

“Mudah-mudahan kita semua dapat hidup berkasih sayang, bertolak ansur dan saling bantu membantu dalam membina masyarakat Madani seperti yang dicita-citakan oleh pimpinan negara Malaysia yang tercinta ini,” katanya.

Razarudin Husain - Gambar fail
Razarudin Husain - Gambar fail

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menerusi sidang media hari ini berkata, polis telah menahan 171 individu selepas menyerbu 20 rumah amal yang terletak di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan, bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat yang didakwa mengeksploitasikan kanak-kanak dan agama.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 66 lelaki dan 105 wanita yang bertugas sebagai penjaga, ustaz dan pengerusi rumah amal berkenaan, kesemuanya berusia dalam lingkungan 17 hingga 64 tahun.

Razarudin memberitahu, 402 mangsa bawah umur terdiri daripada 201 lelaki dan 201 perempuan berusia setahun hingga 17 tahun berjaya diselamatkan.

Kesemua mereka katanya, akan ditempatkan sementara di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Isu membabitkan GISB mula hangat diperkatakan susulan pendedahan oleh satu laman Facebook dikenali sebagai Pusat Kajian Ajaran Sesat atau PUKAS.

Semakan Getaran mendapati, PUKAS menerusi hantaran terbaru berkata, pasukan mereka yang membuat rondaan di sekitar pusat utama GISBH di Bandar Country Homes, Rawang mendapati suasana agak sepi jika dibandingkan dengan beberapa hari lalu.

Suasana di pusat kegiatan utama GISB lengang tanpa sebarang aktiviti hari ini - Gambar PUKAS
Suasana di pusat kegiatan utama GISB lengang tanpa sebarang aktiviti hari ini - Gambar PUKAS

“Difahamkan semalam ramai dalam kalangan mereka telah keluar berpindah ke suatu tempat yang tidak dapat dikenal pasti. 

“Jika mereka di pihak yang benar, mengapa harus melarikan diri? Dapat maklumat juga yang beberapa Rumah Amal mereka telah dikosongkan sejak kelmarin lagi,” kata pengendali laman tersebut. - Getaran, 11 September 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI

Semasa 1 hari yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Semasa 10 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS