web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


3 Pegawai Imigresen, Ejen Pekerja Asing Terlibat Rasuah Program PRM Direman

Semasa Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2024 6:24PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH – Mahkamah Majistret Ipoh hari ini mengeluarkan perintah reman terhadap tiga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak dan seorang ejen pekerja asing, kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah melalui Program Repatriasi Migran (PRM) bermula Mac hingga September tahun ini. 

Sumber SPRM memaklumkan perintah reman dua hari bermula hari ini terhadap kesemua suspek itu dikeluarkan Majistret Siti Nora Sharif selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Ipoh, pagi tadi mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. 

Menurut sumber itu kesemua suspek terdiri daripada seorang wanita dan tiga lelaki berusia antara 30 hingga 50 tahun itu, ditahan di pejabat SPRM Perak pada 1.15 tengah hari hingga 7.15 malam, semalam. 

"Kesemua suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti meminta dan menerima wang rasuah antara RM50 sehingga RM300 daripada setiap pekerja asing yang ingin pulang ke negara asal secara sukarela, melalui program PRM. 

"Wang tersebut adalah sebagai balasan untuk mempercepatkan kelulusan program itu dan dikatakan aktiviti berkenaan bermula dari Mac hingga September 2024," menurut sumber SPRM.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Profesor Termasuk Presiden MPN Didakwa Pecah Amanah RM271,000

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Audit HRD Corp: SPRM Kenal Pasti Bebeapa Individu Untuk Bantu Siasatan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 5 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 5 jam yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI