web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Audit HRD Corp: SPRM Kenal Pasti Bebeapa Individu Untuk Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Jul 2024 7:25PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengenal pasti beberapa individu untuk ditemu bual bagi membantu siasatan membabitkan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp).

Ia susulan pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2/2024, Khamis lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pasukan penyiasat juga telah diarahkan ke Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan HRD Corp Selasa ini untuk mendapatkan dokumen berkaitan.

“Kami telah menerima laporan audit yang dikemukakan oleh KSU (ketua setiausaha) KESUMA. Berdasarkan laporan audit, kami telah mengenal pasti beberapa isu yang memerlukan dokumen dan bukti daripada pihak terbabit.

“Antaranya ialah isu pelaburan, pengurusan dana dan latihan, pembelian hartanah dan sebagainya. Satu pasukan khas telah dibentuk dan kertas siasatan telah dibuka,” katanya hari ini.

Jabatan Ketua Audit Negara pada Khamis menggesa KESUMA merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan berkaitan selepas perbadanan itu gagal melepasi proses audit yang dilakukan.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, juruaudit mendapati wujud salah urus berjumlah ratusan juta ringgit melibatkan geran latihan, pelaburan dan pembelian hartanah.

Dalam Laporan Audit Negara terbaru, beliau menegaskan bahawa lebih RM50 juta geran latihan telah disalurkan beberapa kali kepada orang yang sama manakala lebih 200 lagi dianggap juruaudit sebagai ‘mencurigakan’.

“Secara keseluruhannya, tadbir urus korporat HRD Corp adalah tidak memuaskan.

“Keputusan yang dibuat oleh pengurusan HRD Corp tidak mengikut prosedur dan tidak melindungi kepentingannya untuk mencapai objektifnya,” katanya dalam laporan itu.

Laporan berkenaan juga menyebut,  panel pelaburan HRD Corp gagal melaporkan aktiviti pelaburan yang besar kepada lembaga pengarahnya (BOD).

Ahmad Khusairi menambah, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 18 dan 23 Akta SPRM 2009. – Getaran, 6 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

3 Pegawai Imigresen, Ejen Pekerja Asing Terlibat Rasuah Program PRM Direman

2

Semasa 2 bulan yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

3

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia