web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

Semasa Dikemaskini 3 jam yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Oct 2024 2:46PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina, termasuk anak saudara Jamalul Kiram yang mengaku dirinya Sultan Sulu kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong berikutan pencerobohan di Lahad Datu, 11 tahun lepas.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh kesemua tujuh individu berkenaan.

"Permohonan kesemua pemohon ditolak dan hukuman mati dikekalkan," kata Hakim Tengku Maimun yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Amar Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan.

Tujuh individu itu ialah Datu Amirbahar Hushin Kiram, 60, yang merupakan anak saudara Jamalul Kiram; Atik Hussin Abu Bakar, 52; Basad H. Manuel, 49; Virgilio Nemar Patulada, 59; Al Wazir Osman, 68; Tani Lahad Dahi, 70; dan Julham Rashid, 75.

Dalam insiden percerobohan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu antara 12 Februari dan 10 April 2013, sembilan anggota pasukan keselamatan Malaysia terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan tersebut.

Pada 26 Julai 2016, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap kesemua lelaki itu selepas didapati bersalah melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

Mahkamah Tinggi dalam penghakimannya menyatakan tiada keterangan menunjukkan kesemua tertuduh terbabit secara langsung dalam pertempuran yang berlaku semasa pencerobohan itu, ataupun bukti mereka membunuh mana-mana anggota keselamatan secara kejam atau mencederakan sesiapa.

Bagaimanapun, pada 8 Jun 2017, Mankamah Rayuan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka selepas membenarkan rayuan pendakwa raya untuk menggantikan hukuman penjara sepanjang hayat kepada hukuman mati.

Hukuman mati itu turut dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 15 Januari 2018.

Bagaimanapun, dua lagi lelaki warga Filipina, Ismail Yasin dan Salib Akhmad Emali yang turut dikenakan hukuman mati atas kesalahan sama tidak mengemukakan permohonan semakan kerana telah meninggal dunia sewaktu menjalani hukuman penjara.

Terdahulu, peguam Mervyn @ Hasan Sainy memohon supaya mahkamah mengembalikan hukuman penjara sepanjang hayat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap kesemua anak guamnya atas alasan tiada bukti menunjukkan mereka terbabit secara langsung dalam pencerobohan berkendan.

Tiada bukti menunjukkan mereka membunuh sesiapa. Kami percaya apa diputuskan oleh Mahkamah Tinggi adalah betul. Mohon mereka diberi peluang memandangkan umur mereka yang lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara (AGC) Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memohon agar mahkamah mengekalkan hukuman mati kerana kes itu membabitkan kedaulatan negara.

Beliau berkata kes itu melibatkan jenayah berat dan hukuman pencegahan mesti dikenakan bagi mengelak kesalahan sama berulang.

"Magnitud kes ini adalah berbeza daripada yang lain, dengan sembilan anggota polis terkorban, beberapa daripada mereka dipenggal dan dicincang. Pencerobohan ini dilakukan oleh musuh asing, dan kita tidak boleh menghantar isyarat yang salan kepada orang awam.

"Oleh itu, hukuman mati mesti dikekalkan," kata Mohd Dusuki.

Mohd Dusuki juga dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Yusaini Amer Abdul Karim dan Tetralina Ahmad Fauzi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

2

Semasa 5 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

3

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 3 jam yang lalu

Kurangkan Segera Ketegangan Di Asia Barat, Ambil Langkah Sewajarnya - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Fahmi Mahu Organisasi Media Berkaitan Segera Lunas Isu Tunggakan Gaji