web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa Dikemaskini 2 jam yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2024 12:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Baling menjadi daerah baharu yang terjejas akibat banjir di Kedah, sekali gus menjadikan jumlah mangsa di negeri ini meningkat kepada 1,373 orang daripada 457 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 1,332 orang daripada 426 keluarga malam tadi.

Menurut laporan Into Bencana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 134 orang daripada 62 keluarga di daerah Baling telah ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS), iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari, SK Siong, SK Malau, dan SK Seri Bayu.

Sementara itu, daerah Pokok Sena masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, dengan 697 orang daripada 221 keluarga yang kini berlindung di PPS Surau Desa KEDA Derang, Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang, Dewan Serbaguna Pokok Sena, SK Bukit Hijau Mukim Derang, dan Masjid Kampung Baru Jalan Lampam.

Di Kota Setar, seramai 416 orang daripada 130 keluarga berlindung di PPS SK Titi Gajah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas, dan SMK Alor Merah. Manakala di Kubang Pasu, seramai 126 orang daripada 44 keluarga masih berada di PPS Dewan Lubuk Batu dan SK Bandar Baru Darul Aman.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pukul 8 pagi ini, Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Kubang Pasu, Sungai Ketil di Kuala Pegang, Baling, serta Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Jambatan TAR, Kota Setar, telah melepasi paras bahaya.

Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan satu PPS telah dibuka di Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan, yang menempatkan sembilan mangsa daripada empat keluarga di daerah Kampar pada pukul il malam tadi, akibat banjir.

Mangsa-mangsa tersebut dipindahkan dari Kampung Batu 20 di Kuala Dipang dan Kampung Pulau Pisang di Malim Nawar.

JPS memaklumkan Sungai Perak di Kuala Kenderong, daerah Hulu Perak, berada pada tahap bahaya dengan bacaan paras air setinggi 113.79 meter. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

2

Semasa 2 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 3 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan