web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa Dikemaskini 1 jam yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Sep 2024 10:30AM

Gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Tiga lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam nahas melibatkan tujuh kenderaan di KM42 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, pihaknya menerima panggilan mengenai nahas itu pada pukul 4.13 pagi yang melibatkan empat kereta, sebuah lori tiga tan, dan dua treler, dengan sembilan lelaki dan empat wanita terlibat sebagai mangsa.

"Bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat dan memadam kebakaran melibatkan sebuah lori treler yang terbakar sepenuhnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Ridzuan Zulkafly, 40, Muhamad Zaimi Shariff, 39 dan Muhammad Azizul Fitrie Md Zairi, 23. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata dua wanita yang cedera dikejarkan ke hospital dengan jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) manakala tiga lelaki yang cedera parah dibawa ke hospital oleh ambulans KKM.

Operasi menyelamat yang melibatkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong tamat pada pukul 5.50 pagi. - BERNAMA

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 23 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad