web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik Dikemaskini 2 jam yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Sep 2024 11:12AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING - Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota semalam merupakan isyarat jelas kepada pembangkang bahawa retorik dan polemik yang sering dimainkan mereka tidak lagi 'berbisa' untuk meracuni pemikiran pengundi.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara itu juga menunjukkan bahawa isu-isu 3R iaitu raja, agama dan kaum sudah tidak berupaya memecahkan perpaduan yang jitu di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan.

"Hentikanlah, kita fokus kepada idea kita, usaha untuk menjana idea yang lebih bernas, lebih baik supaya kita dapat menyumbang kepada negara.

"Kemenangan ini bukti formula perpaduan diterima rakyat dan kita perlu berusaha lebih gigih untuk menyelesaikan isu-isu dihadapi rakyat," katanya kepada Bernama di sini.

PRK DUN Mahkota menyaksikan calon BN Syed Hussien Syed Abdullah menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar dengan majoriti 20,648 undi, sekali gus BN mengekalkan kerusi DUN berkenaan.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan turut menzahirkan kesyukuran atas kemenangan besar itu dengan laporan awal menjangkakan kemenangan dengan kira-kira majoriti 10,000 undi.

Beliau berkata keputusan itu sudah pasti membakar semangat parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk meneruskan usaha menyantuni dan menyelesaikan masalah rakyat terutama membabitkan kos sara hidup.

Fahmi berkata ia menjadi peluang kepada parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk mencari strategi tepat bagi menempa kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-16. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Merdekakan Jiwa Daripada Penyebaran Konten, Komen Jelik - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 21 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi