web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Merdekakan Jiwa Daripada Penyebaran Konten, Komen Jelik - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2024 6:17PM

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (empat, kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd Na'im Mokhtar (lima, kiri) ketika menghadiri majlis 'MALAYSIA #QURANHOUR' di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini. – Gambar Facebook.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia harus berusaha 'memerdekakan jiwa' daripada penyebaran konten dan komen yang jelek yang boleh menyakitkan hati orang lain, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. 

Beliau berkata, walaupun rakyat Malaysia bebas menyampaikan pandangan namun penting bagi mereka untuk mempunyai adab ketimuran dan sentiasa mengamalkan tata susila yang baik. 

"Bagi rakyat beragama Islam kita harus berbalik kepada Al-Quran dan hadis dan pada rakyat bukan beragama Islam kita harus berpegang teguh kepada Rukun Negara, dan prinsipnya iaitu Kesopanan dan Kesusilaan." 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Malaysia #QuranHour anjuran Yayasan Ummah Ikhlas, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. 

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, apabila meneliti aduan-aduan yang diterima, kebanyakan akaun yang mengeluarkan kata-kata jelek ini didapati merupakan akaun palsu.

Sementara itu, Fahmi berkata beliau secara peribadi ingin melihat majlis seperti #QuranHour dimasukkan ke dalam kalendar tahunan bagi Bulan Kebangsaan. 

"Program ini cukup baik dan mempunyai pengisian yang amat bermakna. Peringatan yang tepat pada masanya dan kita harap dapat memberi manfaat bukan hanya dalam acara tahun ini tetapi tahun-tahun akan datang Insya-Allah". 

Memasuki tahun ke-10 penganjurannya, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya tahun ini dipilih sebagai lokasi utama Malaysia #QuranHour 2024 yang bertemakan Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara. 

Program itu turut disiarkan secara langsung di Sinar Harian, Astro Oasis, TV9, Bernama TV, TV Alhijrah, Zayan, Astro Awani, Nu Ideaktiv, IKIM FM, Denaihati.com dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyiar utama, dari pukul 10 hingga 11 pagi. 

Malaysia #QuranHour dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama rakan sinergi lain seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan pertubuhan bukan kerajaan, selain melibatkan institusi pengajian tinggi tempatan. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

Sukan 3 jam yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB