web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2024 6:40PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa puas hati dengan persiapan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 yang akan berlangsung Sabtu ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata beliau dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa mempersembahkan taklimat mengenai persiapan sambutan itu kepada Seri Paduka Baginda di Istana Negara semalam.

"Tuanku berpuas hati dengan persiapan dan tidak ada apa-apa perkara yang luar daripada jangkaan, insya-Allah," kata Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 dalam sidang media di sini hari ini.

Menyentuh tentang persiapan dari segi kelancaran capaian Internet, Fahmi berkata sebanyak 36 kenderaan "Cell on Wheels" (COW) disediakan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi di sepanjang lokasi perbarisan bagi menampung jumlah kehadiran pengunjung yang tinggi.

Fahmi berkata capaian Internet di pusat media juga ditambah baik menerusi beberapa titik akses dan wi-fi memandangkan aduan yang diterima tahun lepas berkaitan dengan kualiti capaian yang kurang baik.

Beliau berkata laluan ke Core Island iaitu lokasi perbarisan kontinjen akan ditutup pada 31 Ogos dan orang ramai diminta mengambil pengangkutan awam yang disediakan antaranya bas dan teksi air.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini diadakan di Dataran Putrajaya dengan tema "Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka".

la dianjurkan di Putrajaya buat julung kalinya pada 2003, seterusnya pada 2005, 2018, 2019 dan 2023. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 1 hari yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad