web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2024 7:35PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LKUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyifatkan tindakan penyedia media sosial dalam mengekang aktiviti jenayah masih lemah walaupun 21 perbincangan telah diadakan antara kementerian dan semua platform berkenaan sehingga kini.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata penyedia media sosial dilihat tidak mengambil inisiatif untuk mengkaji dan mengenal pasti trend aktiviti jenayah di platform mereka, sebaliknya hanya menunggu aduan untuk tindakan susulan.

"Sekiranya scam (penipuan) itu telah dikenal pasti trend dan caranya, seharusnya platform-platform ini mengambi ikhtiar lebih menyeluruh. Sebagai contoh menggunakan kecerdasan buatan (Al) untuk kenal pasti semua akaun terlibat (jenayah penipuan) dan membasmi semua akaun ini.

"Mereka sentiasa mengatakan we have products and tools (kami ada produk dan alat untuk mengekang jenayah) tetapi kita tidak pernah melihat tools (alat) yang benar-benar dapat mengekang masalah jenayah scam (Penipuan) sebagai contoh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Karnival Hari-Hari Bola Piala MADANI Lembah Pantai di Universiti Malaya di sini hari ini.

Fahmi berkata disebabkan perkara itu, kerajaan melaksanakan kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial yang diperkenalkan pada 1 Ogos dan berkuat kuasa mulai tahun depan.

Beliau berkata melalui perlesenan itu, kerajaan boleh mengeluarkan arahan serta mengambil tindakan sekiranya sesuatu platform media sosial itu tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Akan ada tindakan kepada mereka termasuk denda, kompaun atau tindakan lain yang sedang dikenal pasti melalui kod tatakelakuan yang sedang dibina bersama dengan pihak platform media sosial juga," katanya.

Pada 27 Julai lepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Ditanya sama ada kerajaan berhasrat untuk mengetatkan peraturan kandungan melibatkan kanak-kanak bawah umur secara dalam talian, Fahmi berkata perkara itu sedang diteliti bagi memastikan penggunaan Internet dan keselamatan kanak-kanak terjamin.

Beliau turut mengalu-alukan langkah proaktif Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia untuk menambah baik garis panduan dan etika pemandu bas sekolah bagi kepentingan menjaga keselamatan kanak-kanak dan berharap langkah itu diperluas kepada pihak lain yang terlibat dengan kanak-kanak bawah umur.

"Ini penting supaya ibu bapa rasa anak-anak mereka sentiasa selamat. Ini juga kita lihat kepada guru-guru yang juga main peranan. Sebelum ini ada guru yang memaparkan wajah-wajah anak murid tanpa pengetahuan dan kebenaran ibu bapa.

"Jadi sama ada pengendali bas sekolah atau guru-guru, malan sesiapa yang menjadi penjaga kepada kanak-kanak harus faham terutama mengenai Akta Kanak-Kanak dan Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya.

Semalam polis menahan seorang pemandu bas berusia 24 tahun yang memuat naik video yang memaparkan kanak-kanak dibawanya dalam bas di Simpang Renggam, Kluang dan merampas telefon bimbit dipercayai digunakannya untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Merdekakan Jiwa Daripada Penyebaran Konten, Komen Jelik - Fahmi

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 1 hari yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen