web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2024 6:26PM

Fahmi Fadzil - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Semua pengamal media yang menggunakan pelan pascabayar dan prabayar akan menerima rebat sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pengamal media yang menggunakan pelan prabayar untuk memastikan nombor telefon mereka berdaftar dengan Jabatan Penerangan, supaya urusan perolehan rebat dapat diselaraskan.

"Ada sejumlah pengamal media yang memaklumkan mereka tidak menggunakan pelan pascabayar. Jadi kami telah mendengar, menerima pandangan itu dan saya telah meminta supaya pihak kementerian berhubung dengan syarikat-syarikat telekomunikasi.

"Maka semua pengamal media tahun ini (sempena Bulan Kebangsaan) akan mendapat rebat, sama ada mereka menggunakan plan pascabayar ataupun prabayar," katanya dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media iaitu tawaran rebat bil telefon pelan pascabayar kepada pengamal media secara sekali beri, dilaksanakan bagi bayaran bil Ogos tahun ini sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan insentif yang diperkenalkan tahun lepas itu diteruskan tahun ini, seperti diumumkan Fahmi pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) Mei lepas.

Fahmi berkata jumlah rebat akan diselaraskan oleh syarikat telekomunikasi dan pelaksanaan akan diteliti Kementerian Komunikasi.

"Jadi tahun ini, apa yang telah diperoleh dari segi rebat adalah lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Merdekakan Jiwa Daripada Penyebaran Konten, Komen Jelik - Fahmi

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 5 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 15 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 15 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok