web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

Semasa Dikemaskini 3 hari yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2024 8:07AM

Rafizi berkata, tindakan tersebut diambil kerana Wan Ahmad Fayhsal membuat fitnah terbuka terhadapnya dengan mendakwa bahawa beliau menyeleweng duit Kementerian Ekonomi dan membayar kepada laskar siber. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah mengarahkan pasukan guamannya untuk memulakan proses saman terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, tindakan tersebut diambil kerana Wan Ahmad Fayhsal membuat fitnah terbuka terhadapnya dengan mendakwa bahawa beliau menyeleweng duit Kementerian Ekonomi dan membayar kepada laskar siber.

"Saya tidak pernah saman sesiapa tetapi fitnah YB Machang ni adalah kes yang sangat jelas bila dibawa ke mahkamah," katanya menerusi hantaran di laman X semalam.

Menerusi hantaran lain, Rafizi memaklumkan, beliau mengarahkan Setiausaha Akhbarnya iaitu Mohamed Farhan Akmal Mohd Iqbal membuat laporan polis terhadap pempengaruh media sosial mesra PAS yang menggunakan akaun @RichardPower_ atas dakwaan melontarkan tuduhan palsu.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat itu menafikan kenyataan pempengaruh berkenaan dan berkata beliau tidak pernah membayar mana-mana individu seperti yang didakwa.

"Richard ini diberitakan seorang yang rapat dengan pimpinan PAS dan berselindung di belakang akaun palsu media sosial. Sudah sampai masanya tindakan undang-undang diambil untuk menghalang fitnah-fitnah begini," katanya.

Rafizi turut berkongsi pautan kepada kenyataan yang dibuat oleh pempengaruh itu yang mendakwa beliau membayar sebanyak RM60,000 kepada seorang lagi pempengaruh media sosial. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 4 jam yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan