web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2024 9:14PM

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata tarikh tersebut akan diumum pada masa yang sesuai. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menetapkan tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

"Kerajaan telah putuskan tarikhnya dan akan umum pada masa yang sesuai.

"Cuma turutan perlu diperbetulkan dan ia adalah mengenai mengimbangi dan mengurangkan risiko inflasi yang mendadak. Kami telah menemui jalan penyelesaian," katanya pada sidang media selepas pelancaran Banci Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OSGE) 2024 di sini hari ini.

Rafizi berkata, kerajaan tidak boleh membuat pengumuman terlalu awal bagi mengelakkan ketirisan di pelbagai peringkat.

"Kadang-kadang bila bagi pelan awal, pembekal akan cepat-cepat simpan stok sebab mereka tahu harga akan naik dalam masa dua atau tiga bulan lagi," katanya.

Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan sebanyak tiga juta liter diesel diseludup ke luar negara setiap hari, menyebabkan negara mengalami kerugian sebanyak RM4.5 juta.

Kementerian Kewangan pada 27 Mei lalu mengumumkan program bantuan di bawah inisiatif BUDI MADANI, yang memperuntukkan bantuan tunai RM200 sebulan bagi individu, petani dan pekebun kecil komoditi yang layak. 

Bantuan itu akan disalurkan pada 10 Jun 2024 melalui akaun bank penerima. – The Vibes, 6 Jun, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

KPDN Pertimbang Tambah Kenderaan Layak Terima Subsidi Diesel – Armizan

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

4

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah