web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2024 8:53AM

Rafizi Ramli - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa terbuka dalam mendengar semua pandangan atau kritikan membina diberikan rakyat ke atas mana-mana dasar atau pembaharuan yang dilaksanakan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, semua isu yang dibangkitkan akan diperhalusi, dan diberi penjelasan jika diperlukan.

Menurut beliau, pendekatan ini pastinya jauh berbeza dengan pentadbiran terdahulu, yang disifatkan banyak pihak sebagai tidak boleh disentuh (untouchables).

“Sebab kita dengar la kita jawab kalau kita perlu beri penerangan kenapa ia dibuat begitu.

“Kita perbetulkan kalau ada kelemahan (dalam masa dua jam),” katanya, menerusi ciapan di X.

Rafizi menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan dibuat bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Menerusi episod 76 siaran podcast Keluar Sekejap, Shahril antara lain dipetik sebagai berkata, Rafizi perlu mendengar dan menerima kritikan yang dibuat berkaitan sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Shahril Sufian Hamdan - gambar fail
Shahril Sufian Hamdan - gambar fail

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, keterbukaan dan ketelusan yang dilaksanakan kerajaan ketika ini tidak berlaku sewaktu pemerintah terdahulu berkuasa.

“Zaman dua orang ni pegang jawatan dalam kerajaan, netizen tanya sikit pasal MySejahtera yang habis beratus juta duit rakyat -> terus kena kutip malam-malam. Tanya pun tak boleh,” katanya sinis.

Ciapan beliau itu turut menerima sokongan netizen yang turut membangkitkan kes melibatkan MySejahtera.

YB Kegembiraan misalnya, memuat naik keratan akhbar berhubung tindakan yang diambil ke atas seorang jurujual kerana mempersoalkan aplikasi berkenaan.

“Contohi Mysejahtera. Siapa persoal, tak payah penerangan.

“Kita tangkap je. Senang kerja Khairy Jamaluddin,” katanya.

Izham Saad di akaun @xIzhamx pula menyelar Shahril kerana tidak melakukan kajian terlebih dahulu sebelum membangkitkan isu berkaitan PADU,

“Shahril Hamdan lansung tak buat homework sblm kupas isu PADU. Menteri dah jelaskan, dia boleh bring up same question lg. Alahai.. 

“KJ pulak bangga dgn MySejahtera konon takda leakage lansung. HAHAAH! bukan ke auditor dedahkan,” katanya. - Getaran, 11 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Lebih Sejuta Sudah Mendaftar Dengan PADU - Rafizi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang