web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Mar 2024 2:25PM

Gambar - BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata MCMC juga mempunyai kuasa untuk menurunkan kandungan media sosial melibatkan kanak-kanak yang dimuat naik tanpa kebenaran ibu bapa dan penjaga mereka bagi memastikan tiada mana-mana pihak dieksploitasi demi kepentingan peribadi.

Beliau berkata Kementerian Komunikasi tidak mempunya garis panduan khusus berhubung perkara tersebut, namun Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai panduan jelas
mengenai penggunaan media sosial melibatkan guru dan murid yang dikeluarkan sejak 2017.

"Prinsipnya adalah gambar dan video kanak-kanak, sangat penting untuk kita dapatkan persetujuan ibu bapa, kerana mereka penjaga kepada budak-budak tersebut, persetujuan itu perlu dan ia (kuasa menurunkan kandungan) terpakai untuk semua platform. Tindakan akan diambil jika dimuat naik tanpa kebenaran.

"Jadi, sekiranya Kementerian Komunikasi atau MCMC terima aduan video TikTok atau media sosial lain, guna pakai gambar atau video kanak-kanak tanpa persetujuan ibu bapa, MCMC akan hubungi platform tersebut untuk turunkan kandungan itu kerana persetujuan itu sangat penting," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Serahan Sumbangan Masjid dan Surau Parlimen Kulai Sempena Ramadan di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Pada 18 Mac lepas, Pengerusi Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Rafiq Razali dilapor mendesak guru supaya tidak menjadikan pelajar mereka sebagai kandungan di media sosial terutamanya jika tanpa kebenaran ibu bapa.

Pada 4 Mac lepas, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilapor berkata golongan guru tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahgunakan platform media sosial dan tindakan tegas akan diambil jika terbukti mereka melanggar garis panduan berkenaan.

Sementara itu, berhubung program serahan tersebut, Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata sebanyak RM87,000 telah disumbangkan oleh Pejabat Parlimen Kulai kepada 29 masjid dan 58 surau dalam Parlimen Kulai sempena Ramadan tahun ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 minggu yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Semasa 2 bulan yang lalu

MCMC Rakam Keterangan Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo Esok

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Semasa 1 jam yang lalu

Semakan Kehakiman: Mahkamah Tolak Permohonan Najib

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 21 jam yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

oleh Diyana Nawwar