web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa Dikemaskini 8 jam yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2024 7:47PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ARAU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberikan sumbangan peribadi menerusi Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU JPM) Perlis kepada 46 keluarga terjejas akibat banjir di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Arau dan Kangar.

Tanpa menyatakan jumlah sumbangan itu, Pengarah ICU JPM Perlis Maznah Musa berkata sumbangan disampaikan kepada 14 ketua isi rumah (KIR) di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sena di Kangar manakala di PPS SK Dato Ahmad Musa, 12 KIR menerima sumbangan, PPS SK Kubang Gajah (13 KIR) dan PPS SK Arau (tujuh KIR) dalam kawasan Parlimen Arau.

"Kita bagi dua sumbangan, satu sumbangan daripada Perdana Menteri sendiri dan juga satu lagi sumbangan daripada bantuan wang insan yang peruntukannya di bawah NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan berkenaan kepada keluarga mangsa banjir di PPS SK Arau di sini hari ini bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Rozabil Abd Rahman.

Menurut Maznah setiap KIR menerima RM1,000 bantuan wang insan NADMA yang diberikan kepada keluarga yang berpindah ke PPS.

Setakat 6 petang ini, jumlah mangsa banjir di Perlis adalah seramai 147 orang daripada 46 keluarga di empat PPS. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pasar Malam Perlis Tutup Sementara Ketika Maghrib, Mula 15 September - Exco

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anak MB Perlis Mengaku Tak Bersalah Buat Tuntutan Palsu 

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Perlis Akan Cadang Pintu Sempadan Padang Besar Dibuka Hingga 12 Tengah Malam

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kastam Perlis Rampas Ketum, Kanabis Bernilai Lebih RM64,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 8 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat