web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perlis Akan Cadang Pintu Sempadan Padang Besar Dibuka Hingga 12 Tengah Malam

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 12:17PM

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Wang Kelian. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG BESAR - Kerajaan Perlis akan mengusulkan cadangan pintu sempadan negara di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, dapat beroperasi sehingga jam 12 tengah malam berbanding setakat jam 10 malam sahaja pada masa ini, kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pengerusi Jawatankuasa Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis, Izizam Ibrahim berkata, pihaknya akan menyediakan kertas cadangan tersebut untuk dipertimbangkan KDN, dengan proses menyiapkan kertas itu dijangkakan bermula selepas raya nanti.

"Saya akan buat secepat mungkin tetapi ingat selepas raya, kena buat satu kajian semua peringkat (terlebih dahulu), (kena ada) dua tiga kali juga mesyuaratlah, macam mana pun tahun ini kita akan minta (kepada KDN), saya rasa peringkat (Kerajaan) Pusat tak ada masalah, akan beri kerjasama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program MADANI Ihya Ramadan Bilateral Malaysia-Thailand Peringkat Negeri Perlis 2024 di Masjid Ahmad, di sini malam tadi.

Turut hadir, Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim; Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis, Arif Helmi Junid dan Ketua Penolong Pengarah (Keselamatan) Seksyen Keselamatan Pembangunan Sempadan Malaysia-Thailand, Lt Kolonel Mohamad Noh Abdul Kader.

Izizam berkata selain itu, melalui kertas cadangan itu juga pihaknya akan mengesyorkan supaya pintu sempadan Malaysia-Thailand di ICQS Wang Kelian dekat sini, dapat dibuka sehingga jam 8 malam berbanding hanya setakat jam 7 malam ketika ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri berpendapat cadangan melanjutkan tempoh operasi pintu sempadan negara di Padang Besar dan Wang Kelian itu, sebagai usaha untuk meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi di Perlis, selain merancakkan sekor pelancongan di negeri itu bersempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasar Malam Perlis Tutup Sementara Ketika Maghrib, Mula 15 September - Exco

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Anak MB Perlis Mengaku Tak Bersalah Buat Tuntutan Palsu 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi