web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pasar Malam Perlis Tutup Sementara Ketika Maghrib, Mula 15 September - Exco

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2024 8:36PM

Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Perlis akan menguatkuasakan peraturan menutup sementara operasi perniagaan pasar malam ketika waktu maghrib bermula pada 15 September.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, pelaksanaan di bawah program Berhenti Dulu Kita Solat yang dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis pada 21 Ogos lepas itu sebagai antara inisiatif memperkasakan kempen Hayya Ala-solah.

Beliau berkata sebahagian kecil peniaga bukan Islam turut digalakkan menutup perniagaan sepanjang tempoh berkendan namun tiada sebarang halangan jika mahu meneruskan perniagaan.

"Program ini akan berkuat kuasa di semua tapak pasar malam di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT) atau swasta di seluruh negeri ini.

"Tempoh pelaksanaan program bermula 10 minit sebelum dan 10 minit selepas waktu solat maghrib bagi membolehkan para peniaga dan pengunjung menunaikan solat dalam keadaan selesa dan tidak tergesa-gesa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Asrul Aimran berkata buat permulaan sebagai langkah mendidik masyarakat, anggota penguat kuasa PBT akan turun padang bagi memastikan kejayaan program itu dengan memberikan nasihat dan teguran.

"Inisiatif ini juga bertujuan menggalakkan pengunjung beragama Islam supaya tidak membeli-belah ketika waktu solat maghrib selain mendidik rakyat menunaikan solat pada awal waktu dan tidak melengah-lengahkan solat," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anak MB Perlis Mengaku Tak Bersalah Buat Tuntutan Palsu 

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Perlis Akan Cadang Pintu Sempadan Padang Besar Dibuka Hingga 12 Tengah Malam

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kastam Perlis Rampas Ketum, Kanabis Bernilai Lebih RM64,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 19 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 23 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 23 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad