web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anak MB Perlis Mengaku Tak Bersalah Buat Tuntutan Palsu 

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2024 12:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR – Anak kepada Menteri Besar Perlis, Mohd Syafeeq Mohd Shukri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu RM19,505.10, lapor New Straits Times.

Mohd Syafeeq, 35, didakwa menyerahkan dokumen palsu atas nama Mohd Farid Abdul Hamid, bagi perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri pada 19 Februari lalu.

Syafeeq didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai butiran palsu atau RM10,000, mana yang lebih tinggi jika disabitkan bersalah.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rehab Abdul Shukor mencadangkan Syafeeq dikenakan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin manakala pasport milik tertuduh diserahkan pada mahkamah, serta perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM Kangar pada setiap bulan.

Peguam Mohd Fadhly Yaacob yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan berkenaan atas alasan anak guamnya itu hanya bekerja sebagai peniaga gas dan petani serta meraih pendapatan bulanan sekitar RM1,500 sebulan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan dia dikehendaki menyerahkan pasport kepada mahkamah. 

Tertuduh juga diperintahkan supaya melapor diri sebulan sekali di pejabat SPRM sehingga kes selesai.

Hakim juga menetapkan 28 Jun sebagai tarikh bagi sebutan semula kes.

Anak Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli itu antara enam individu yang ditahan reman oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Turut direman ialah seorang pegawai kanan di pejabat Menteri Besar Perlis. 

Kesemua suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur seperti kerja pembaikan dan penyelenggaraan, bekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022. 

Pada 26 April, anak lelaki Mohd Shukri dan empat yang lain dibebaskan dengan ikat jamin selepas tamat tempoh reman.

Susulan siasatan, SPRM pada 30 April menahan Mohd Shukri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 membabitkan isu salah guna kuasa.

Mohd Shukri ditahan kira-kira jam 11 pagi ketika tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, sebelum diikat jamin sekitar jam 7 malam. – The Vibes, 23 Mei, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

2

Semasa 2 hari yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Penolong Pegawai Tadbir JHEAT Berdepan 24 Pertuduhan Salah Guna Kuasa

4

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Tahan Bekas Datuk Bandar Disyaki Terima Rasuah Lebih RM1 Juta

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

Semasa 5 jam yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Sukan 21 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih