web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2024 12:47PM

Tertuduh ketika hadir di Mahkamah Majistret Port Dickson - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Seorang juruteknik yang rakaman video perbuatan dia memukul isterinya menjadi tular di media sosial bulan lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan menggunakan kekerasan jenayah terhadap isterinya.

Mohd Ridwan Mat Nasir, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu keatas isterinya yang berumur 38 tahun di sebuah hotel pada 9.50 pagi, 24 Mei lepas, dan bagi kesalahan itu dia boleh dihukum di bawah Seksyen 352A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Nor Asiah Mahmud menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu isterinya itu sehingga kes selesai.

Namun peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) A Krishnaveni yang mewakili Hasbullah memohon jaminan dikurangkan kepada RM2,500 dengan alasan anak guamnya itu yang bekerja di Syarikat Air Selangor merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab.

"Beliau akan dijamin oleh kakaknya yang bekerja sebagai cef dan turut mempunyai tanggungan sendiri. Dalam keadaan ini, beliau tidak akan mengganggu isterinya dan saya percaya tiada risiko beliau akan melarikan diri," katanya.

Uthman kemudian menetapkan wang jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai, dan menetapkan 23 Julai ini untuk serahan dokumen. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Juruteknik Tular Belasah Isteri Direman 4 Hari

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki