web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penolong Pegawai Tadbir JHEAT Berdepan 24 Pertuduhan Salah Guna Kuasa

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2024 8:45PM

Ali Embong (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini. – Gambar BERNAMA.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU – Seorang Penolong Pegawai Tadbir Kanan di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 24 pertuduhan salah guna kuasa dengan mengesyorkan perolehan kerja-kerja membaiki kenderaan jabatan kepada syarikat milik isterinya, dua tahun lepas.

Ali Embong, 60, didakwa melakukan perbuatan itu dari Oktober hingga Disember 2022 di JHEAT di sini mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seskyen 24 Akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Dia didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan mengesyorkan borang permohonan servis/pembaikan/mendapatkan bekalan untuk kenderaan jabatan bagi perolehan penyelenggaraan berjumlah RM24,267.

Hakim Mohd Azhar Othman membenarkan Ali diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan mengarahkan tertuduh menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah serta tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan.

Mohd Azhar, yang memerintahkan Ali supaya melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap bulan sehingga kes selesai, menetapkan 10 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Aznika Mohd Anas manakala Ali diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nur Ain Mohd Rani. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

2

Semasa 2 hari yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman

3

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Tahan Bekas Datuk Bandar Disyaki Terima Rasuah Lebih RM1 Juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Isu Kontrak Suami Menteri: SPRM Terima Petunjuk Baharu, Siasat Secara Menyeluruh

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Sukan 21 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

‘Nak Serang Saya? Silakan, Tapi Jangan Sentuh MOTAC’ - King Sing

oleh Sophia Ahmad