web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

Semasa Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2024 9:12PM

Miza Ozawa di Mahkamah Sesyen Bangi hari ini - Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadap seorang peniaga 'ubat kuat', Siti Amiza Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Miza Ozawa. 

Hakim Shahrul Rizal Majid menetapkan hukuman tersebut selepas wanita berusia 27 tahun itu mengaku bersalah kerana melakukan aktiviti persundalan menerusi aplikasi Telegram.

Shahrul Rizal juga seterusnya menetapkan hukuman penjara wanita itu bermula tarikh tangkapan iaitu pada 6 Jun lalu. 

Pada masa sama, beliau sebelum menjatuhkan hukuman menasihati tertuduh supaya tidak mengikut perasaan dan nafsu, serta menjadikan kes ini sebagai pengajaran.

Mengikut pertuduhan, Siti Amiza yang hamil enam bulan didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah unit kondominium di Bukit Mahkota, di sini, pada 4 petang, 6 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Rabu lepas, Siti Amiza turut dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM12,500 oleh mahkamah sama atas dua pertuduhan memiliki bahan lucah dan ubat tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagi kesalahan memiliki bahan lucah, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM6,500 atau penjara tujuh bulan jika gagal membayar denda dan bagi kesalahan memiliki ubat yang tidak berdaftar dengan KKM, wanita itu didenda RM6,000 atau dipenjara enam bulan. - Getaran, 24 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Bapa Pukul 2 Anak Dipenjara 8 Bulan

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kecuaian Perubatan: Bekas CEO PROLINTAS Terima Pampasan RM5.1 Juta

4

Semasa 1 bulan yang lalu

1MDB Saman Patrick Mahoney, Tuntut Bayar Semula AS$1.83 Bilion

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 14 jam yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

oleh Diyana Nawwar

Semasa 10 jam yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

oleh Wartawan The Vibes

Sukan 18 jam yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengasas Bersama G25 Noor Farida Meninggal Dunia

oleh Wartawan The Malaysian Insight