web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Bapa Pukul 2 Anak Dipenjara 8 Bulan

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Jun 2024 5:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bapa dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan memukul dua anak kandungnya, dua minggu lepas.

Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki berusia 35 tahun itu dan memerintahkan hukuman penjara lapan bulan bagi setiap pertuduhan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 1 Jun lepas.

Berdasarkan keempat-empat pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan ke atas anak perempuannya berusia 15 tahun dan anak lelaki berusia 13 tahun, dengan sengaja menganiaya remaja berkenaan sehingga mungkin menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kepong Utara, Sentul di sini antara 9 malam, 30 Mei hingga 5 pagi, 1 Jun lepas mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada 30 Mei sekitar 9 malam hingga 12 tengah malam, lelaki terbabit memukul kedua-dua kaki anak lelakinya dengan menggunakan jaring yang terpasang pada sebatang raket badminton selain turut melempang muka dan memukul bahagian badan remaja berkenaan.

Anak perempuannya turut dipukul dengan jaring raket badminton di muka pada 31 Mei dan bapa mereka juga meminta dua remaja itu berjalan itik di dalam rumah tanpa henti dalam tempoh masa yang lama pada 1 Jun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran, namun tertuduh yang tidak diwakilli peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia mempunyai tanggungan lima anak selain menghidap sakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Tohmahan Siti Bainun Terhadap Hakim Mahkamah Sesyen Tidak Berasas - Mahkamah Tinggi

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Luar Negara 18 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan