web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tohmahan Siti Bainun Terhadap Hakim Mahkamah Sesyen Tidak Berasas - Mahkamah Tinggi

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2024 6:52PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menyifatkan tohmahan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali terhadap Hakim Mahkamah Sesyen yang mendengar perbicardan kes pengabaian dan penganiayaan seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, sebagai tidak berasas.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin berkata pihak pendakwaan telah mengemukakan saksi-saksi mata yang melihat kejadian serta saksi-saksi perubatan dan pakar yang menyokong kejadian pengabaian serta penganiayaan terhadap saksi pendakwaan ke-18 (Bella).

"Di peringkat ini, mahkamah ini mendapati terdapat tohmahan-tohmahan yang tidak berasas dibuat oleh pihak perayu (Siti Bainun) yang telah ditujukan kepada Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) dalam hujahan bertulis pihak perayu.

"Pihak pendakwaan telah menarik perhatian mahkamah ini mengenai hujahan pembelaan yang mengatakan HMS telah menokok tambah fakta, menyembunyikan keterangan dengan meringkaskan nota prosiding, berat sebelah dengan cara memilih yang dikehendaki sahaja (pick and choose) keterangan dikemukakan oleh saksi-saksi, sedangkan pihak perayu tidak pernah membuat permohonan untuk membandingkan nota prosiding," katanya.

Noorin berkata demikian dalam alasan penghakiman bertarikh 6 Sept lepas yang diperoleh pihak media hari ini.

Beliau berkata mahkamah memandang serius dakwaan-dakwaan tidak berasas tanpa bukti terhadap seorang hakim dan selepas meneliti nota keterangan serta prosiding di Mahkamah Sesyen, pihaknya mendapati HMS telah membuat dapatan dan penemuannya berlandaskan fakta dan keterangan yang terus dan sokongan.

"Tidak ada keadaan dan asas yang telah ditunjukkan oleh pihak perayu yang mewajarkan dakwaan-dakwaan terhadap HMS yang telah membuat keputusan menurut undang-undang di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," kata Noorin.

Hakim itu berkata Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa HMS tidak terkhilaf apabila mendapati elemen ketiga pertuduhan (bahawa mangsa telah mengalami kecederaan fizikal dan emosi semasa berada dalam pemeliharaan perayu) telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan.

Beliau berkata setelah meneliti keterangan saksi pendakwaan kelima (Yasmin Nahar Mahmood) dan saksi pendakwaan kelapan (Suhana Zam) yang dipertikaikan pihak pembelaan, pihaknya mendapati adalah sukar untuk membuat dapatan bahawa kedua-dua saksi ini mereka-reka cerita terhadap perayu.

Menurut Noorin lagi, keterangan kedua-dua saksi berkenaan (Yasmin dan Suhana) disokong oleh keterangan perubatan yang merupakan keterangan bebas yang secara konsisten mendapati kecederaan dialami mangsa bukan satu kemalangan.

"Perayu telah melakukan pengabaian dan penganiayaan ke atas SP18 (Bella) sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi kepada SP18.

"Mahkamah ini mendapati bahawa tidak terdapat keterangan atau keadaan yang membolehkan apa-apa dapatan dibuat bagi menunjukkan SP5 dan SP8 mempunyai motif untuk mengenakan atau menganiaya perayu melainkan mereka sendiri telah menyaksikan kecederaan yang dialami oleh SP18 yang menurut SP5 adalah dilakukan atas arahan perayu," kata hakim itu.

Pada 2 Mei lepas, Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Mei 2023.

Pada 3 Mei 2023, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, dan memerintakan wanita itu menjalani hukuman penjara serta-merta, selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman. Siti Bainun kemudian dihantar ke Penjara Kajang.

Mahkamah turut memerintahkannya menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000 serta melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa sehingga mengakibatkan remaja perempuan sindrom Down itu mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, antara Februari hingga Jun 2021.

Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Memandu Mabuk: Graduan Luar Negara Didakwa Sebabkan Kematian 2 Pemuda

3

Selebriti 2 bulan yang lalu

Mahkamah Arahkan Jovian Mandagie Jelaskan Hutang RM10 Juta

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perbezaan Pendapat Perlu Ditangani Dengan Adab Terbaik - Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI