web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Memandu Mabuk: Graduan Luar Negara Didakwa Sebabkan Kematian 2 Pemuda

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Aug 2024 7:02PM

Tertuduh boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM100,000, jika sabit kesalahan - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang baru menamatkan pengajian di universiti luar negara dihadapkan ke Mankamah Majistret di sini hari ini, atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian dua pelajar kolej, dua hari lepas.

Lim Cong Li, 23, seorang siswazah jurusan Pengurusan Perniagaan dan Logistik itu, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan.

Dia didapati memandu kereta jenis Mercedes C200 di bawah pengaruh alkohol iaitu 114 miligram dalam 100 mililiter, sehingga menyebabkan kematian dua pemuda iaitu S Dinesh Raj dan R Panthalaraasan yang kedua-duanya berusia 22 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Cheras dari arah Taman Midah menghala pusat bandar Kuala Lumpur pada jam 6.43 pagi, 10 Ogos.

Pertuduhan mengikut Seksyen 44(1) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 44(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun, dan denda antara RM50,000 hingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Inspektor Shazwan Hasifi Shahrun mencadangkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan memohon supaya mahkamah menetapkan tarikh sebutan.

Peguam Vincent Lawrence yang mewakili Cong Li memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya memberi kerjasama baik dengan pihak berkuasa sepanjang siasatan, selain hadir sendiri ke mahkamah hari ini.

Majistret Fatin Dayana Jalil membenarkan Cong Li diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai.

Mahkamah juga menetapkan 21 Oktober untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Sebelum ini media melaporkan, dua pelajar kolej maut dalam kemalangan membabitkan empat kereta dan dua motosikal di Jalan Cheras di sini.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dipercayai mabuk yang juga pemandu kenderaan masuk ke laluan bertentangan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tohmahan Siti Bainun Terhadap Hakim Mahkamah Sesyen Tidak Berasas - Mahkamah Tinggi

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

4

Selebriti 2 bulan yang lalu

Mahkamah Arahkan Jovian Mandagie Jelaskan Hutang RM10 Juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 4 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 7 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad