web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


1MDB Saman Patrick Mahoney, Tuntut Bayar Semula AS$1.83 Bilion

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2024 9:15AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memfailkan saman terhadap Ketua Pegawai Pelaburan Petrosaudi International Ltd Patrick Mahoney bagi menuntutnya membayar semula wang berjumlah AS$1.83 bilion (RM8.63 bilion) kerana didakwa telah membantu beberapa individu termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana 1MDB.

Selain Mahoney, 1MDB yang memfailkan saman itu pada 7 Mei lepas menerusi Tetuan Lim Chee Wee Partnership di Mahkamah Tinggi di sini, turut menamakan firma guaman yang berpangkalan di United Kingdom iaitu White & Case LLP (White & Case) sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan yang diperoleh media, 1MDB selaku plaintif mendakwa Mahoney secara tidak jujur telah membantu Najib dan beberapa individu lain seperti Pengarah Eksekutif 1MDB Casey Tang Keng Chee, ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan Pengarah PSI, Tarek Obaid untuk menipu 1MDB.

Syarikat itu mendakwa Mahoney dengan sengaja terlibat dalam rancangan untuk berkomplot, berkonspirasi dan menipu dalam skim penipuan membabitkan sejumlah wang yang besar daripada 1MDB bersama-sama dengan Jho Low, Najilo dan Tarek Obaid.

Plaintif juga mendakwa White & Case menyediakan perjanjian pembelian saham dan pinjaman yang palsu bagi pihak PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd / PetroSaudi International Ltd atas arahan Mahoney untuk menipu 1MDB.

Oleh itu, 1MDB antara lain menuntut satu deklarasi bahawa Mahoney dan White & Case bertanggungjawab sebagai pemegang amanah konstruktif bagi dana berjumlah AS$1.83 bilion dan membayar jumlah itu kepadanya atau jumlah lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah atas alasan bantuan tidak jujur.

la juga memohon perisytiharan bahawa kedua-dua defendan bertanggungjawab bagi wang berjumlah AS$33,000,000 (RM 155,650,150) dan membayar kepadanya jumlah itu atau jumlah lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah, atas alasan penerimaan yang diketahui.

1MDB turut menuntut ganti rugi AS$1.83 bilion, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bapa Pukul 2 Anak Dipenjara 8 Bulan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kecuaian Perubatan: Bekas CEO PROLINTAS Terima Pampasan RM5.1 Juta

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengasas PKR, Syed Husin Ali Meninggal Dunia

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 18 jam yang lalu

Gantung Lesen Agensi Pelancongan Terbabit Kemalangan Di Genting Highlands Jika Perlu - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung