web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2024 12:18PM

Perdana Menteri menerima darjah kebesaran SSSK daripada Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah - Gambar SUK Kedah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului senarai 238 individu penerima darjah serta bintang kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraaan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah Ke-82, hari ini. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (SSSK) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja. 

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman pula dianugerahkan Darjah Seri Setia Pahlawan Yang Amat Dihormati (SSPK) yang membawa gelaran Datuk Seri Pahlawan. 

Darjah Gemilang Wira Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGWK) yang membawa gelaran Datuk Wira dianugerahkan kepada tiga individu iaitu Pegawai Kerajaan Negeri, Datuk Syed Khairol Anuar Syed Abidin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan. 

Selain itu, terdapat tiga individu yang menerima anugerah Darjah Dato' Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS) yang membawa gelaran Datuk iaitu Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, Mohd Azam Abd Samat; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFK, Tan Sri Dr. Azmil Khalili Khalid serta Kolonel Datuk Mohd. Aros Othman (B).

Seramai sembilan individu terpilih menerima anugerah Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk, antaranya Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd. Foad Sakdan; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Dr. Ching Thoo Kim serta Pengerusi Majlis Guru Pondok (HESA) Kedah, Abdullah Lebai Samah.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Zambery @ Jefry Darus ialah antara empat individu dipilih menerima anugerah Dato' Setia Pahlawan (DDSP) yang membawa gelaran Datuk.

Tiga lagi penerima ialah Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan Markas ATM, Mejar Jeneral Abdul Aziz Hassan; Panglima Briged Keenam infantri Malaysia, Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral Saipol Anuar Jaafar dan Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh. - Getaran, 30 Jun 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Semasa 19 jam yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Semasa 15 jam yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

Semasa 10 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan